Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa, keluarga didenda RM60,000 kerana langgar peraturan COVID-19

Selebriti dan usahawan Neelofa bersama suami dan 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 (S$19,424) kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa, keluarga didenda RM60,000 kerana langgar peraturan COVID-19

(Gambar: Facebook/ Info Roadblock JPJ/POLIS)

Diterbitkan : 27 Apr 2021 01:44PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 01:52PM

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan Neelofa bersama suami dan 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 (S$19,424) kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.

Kompaun berkenaan dikenakan ke atas keluarga berkenaan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, lapor Astro Awani.

Berdasarkan perincian kompaun seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar kompaun RM20,000 (S$6,436) bagi dua kesalahan.

Astro Awani menukil ACP Mohamad Zainal sebagai berkata kesalahan pertama dilakukan Neelofa ialah tidak mematuhi SOP di majlis pernikahan beliau dengan Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 (S$3,231) tanpa diskaun dibenarkan.

Kompaun RM10,000 lagi dikenakan ke atas beliau kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

"Kesalahan kedua melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan yang sama," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Sementara itu suami Neelofa, Haris dikenakan kompaun RM10,000 (juga tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran merentas negeri.

Menurut ACP Mohamad Zainal lagi kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 (S$484) seorang yang berjumlah RM30,000.00 (S$9,695).

Kesemua ahli keluarga selebriti itu dikenakan tindakan tersebut kerana sebagai penganjur mereka gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung seperti mana arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB, lapor Astro Awani.

Pernikahan Neelofa dan Haris berlangsung pada 27 Mac lalu di sebuah hotel dalam sebuah acara yang eksklusif.

Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenan dilaporkan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun, tular di media sosial gambar-gambar pasangan berkenaan sedang bersiar-siar di kawasan pelancongan di pulau itu.

Kesemua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada hari ini, jelas ACP Mohamad Zainal.

Sehubungan itu, PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi pelaksanaan PKPB.

"Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa," tegasnya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan