Images
  • Neelofa
    Neelofa. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Neelofa intai peluang berlakon di Indonesia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara jelita seberang tambak, Neelofa Mohd Nor Noor atau lebih senang dipanggil Lofa mendedahkan bahawa beliau akan kembali berlakon tidak lama lagi.

Beliau ditemui semasa pelancaran program Naura Shares edisi Haji yang berlangsung di mmCineplexes @ E-Curve, Damansara, Kuala Lumpur, menurut Astro Awani.

Lofa berkongsi bahawa beliau akan cuba mengintai peluang untuk berlakon di negara jiran, Indonesia, lapor Astro Awani.

Selain itu, Lofa juga dikatakan bakal mengeluarkan terjemahan Al-Quran versi digital yang menggunakan suaranya sebagai suara latar.

Menurutnya, beliau akan memulakan rakaman sebelum berangkat menunaikan ibadah haji bersama ibu dan dua orang adik lelakinya pada 4 Ogos ini.

Astro Awani melaporkan bahawa Lofa juga menjangkakan akan menyempurnakan projeknya itu sebelum bulan Ramadan tahun depan.

- Agensi berita/NA/na

Top