Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa dipercayai langgar kawalan pergerakan sambutan Hari Raya

Selebriti dan usahawan terkenal dari Malaysia Noor Neelofa Mohd Noor dipercayai melanggar peraturan kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia yang melarang kunjungan Hari Raya pada minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa dipercayai langgar kawalan pergerakan sambutan Hari Raya

(Gambar: FB Neelofa)

Diterbitkan : 18 May 2021 10:58PM Dikemas Kini : 18 May 2021 10:59PM

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan terkenal dari Malaysia Noor Neelofa Mohd Noor dipercayai melanggar peraturan kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia yang melarang kunjungan Hari Raya pada minggu lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Neelofa, dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan mengadakan perjumpaan pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri di sebuah kediaman di Ampang pada Khamis (13 Mei).

Media Malaysia melaporkan bahawa perjumpaan yang dipercayai diadakan itu didedahkan setelah kakak Neelofa, Noor Nabila, memuat naik klip video singkat di Twitter dengan catatan "1 syawal yang penuh mulia", yang menunjukkan Neelofa serta anggota keluarga yang lain saling bersalaman dalam sebuah rumah.

Klip video itu yang sudah pun dipadamkan, menarik perhatian para pengguna media sosial yang menegur selebriti itu kerana melanggar SOP yang melarang kegiatan menziarahi keluarga semasa Hari Raya.

Berdasarkan petikan layar, mereka yang kelihatan dalam klip video itu termasuk Neelofa dan suaminya, yang lebih dikenali sebagai PU Riz serta anggota keluarga yang lain.

Pada minggu lalu, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa kegiatan menziarahi keluarga sempena Hari Raya tidak dibenarkan pada Khamis sedang seluruh negara sekali lagi diletakkan di bawah perintah berkurung kerana lonjakan mendadak dalam kes COVID-19 di seluruh Malaysia.

Menyusuli kemarahan yang diluahkan di media sosial berkenaan dakwaan Neelofa melanggar SOP, polis mengesahkan satu laporan dibuat dan siasatan masih dijalankan.

Tanpa menamakan Neelofa, ketua polis daerah Ampang Jaya Penolong Pesuruhjaya Mohamad Farouk Eshak ditukil oleh Utusan sebagai berkata perayaan itu dipercayai diadakan bersama anggota keluarga yang tidak tinggal serumah.

"Kami akan memanggil mereka yang terbabit dalam kegiatan perayaan itu untuk memberi keterangan," katanya.

Dalam satu kenyatan berasingan yang juga tidak menamakan Neelofa, ketua polis Bricklands Penolong Pesuruhjaya Anuar Omar ditukil oleh Malay Mail sebagai berkata siasatan awal menunjukkan bahawa rakaman video tular sepanjang 26 saat itu dimuat naik ke akaun Instagram milik kakak kepada selebriti berkenaan.

"Kami akan memanggil mereka pada bila-bila masa. Beri pihak polis ruang untuk menjalankan siasatan," kata beliau.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan