Images
  • neelofa
    (Gambar: Neelofa/Instagram)

Neelofa dijangkiti Influenza A selepas kembali dari Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Selebriti dari Malaysia, Neelofa, mengumumkan bahawa beliau dijangkiti Influenza A selepas kembali dari Arab Saudi.

Dalam catatan yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Rabu (21 Ogos), beliau memaklumkan terpaksa membatalkan semua temu janji minggu ini kerana "dinasihatkan supaya dikuarantin".

"Assalamualaikum. Malangnya, penerbangan saya baru-baru ini ke Arab Saudi menyebabkan saya dijangkiti Influenza A dan saya sudah dinasihatkan supaya dikuarantin selama seminggu.

"Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini."

Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, turut memaklumkan tidak dapat menerima kunjungan pelawat ke hospital kerana penyakit itu berjangkit.


"Saya dengan rendah hati terpaksa menolak semua undangan majlis dan sesiapa yang ingin melawat saya kerana penyakit ini berjangkit. Saya berharap akan pulih minggu depan dan kembali bekerja," tulis pengacara rancangan MeleTOP itu.

Awal bulan ini, Neelofa menulis di Instagram tentang kegencotan berhubung isu visa yang dialaminya. Namun beliau akhirnya selamat berlepas ke Tanah Suci.

- BERITAmediacorp/Agensi berita/TQ/tq

Top