Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa bersyukur isu visa selesai, selamat berlepas ke Jeddah

Selebriti popular Malaysia, Neelofa, menyuarakan rasa kesyukuran selepas dapat mengatasi masalah visa dan akhirnya dapat berlepas ke Jeddah untuk menunaikan haji.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa bersyukur isu visa selesai, selamat berlepas ke Jeddah

(Gambar: neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 08 Aug 2019 09:46AM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 09:54AM

MALAYSIA: Selebriti popular Malaysia, Neelofa, menyuarakan rasa kesyukuran selepas dapat mengatasi masalah visa dan akhirnya dapat berlepas ke Jeddah untuk menunaikan haji.

Dalam catatan 'Instagram Story' di akaunnya pada Rabu (7 Ogos), Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan beliau sebelum ini menghadapi masalah visa yang menghalangnya berlepas ke Tanah Suci.

"Ramai mugkin tidak tahu bahawa saya tidak dapat berlepas ke Jeddah kerana isu berkaitan dengan visa. Saya menasihatkan para jemaah untuk berhati-hati apabila mencari agensi agar memastikan proses berjalan lancar dan mengelakkan sebarang masalah," tulis beliau dalam bahasa Inggeris.

Petikan Instagram Story Neelofa

"Oleh kerana ia proses yang rumit, kita perlu memastikan kita benar-benar faham dan mengumpul maklumat oleh orang berpengalaman."

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesyukuran kerana akhirnya akan berlepas ke Tanah Suci, dengan bantuan beberapa pihak.

"Alhamdulillah, saya akhirnya mendapatkan visa dengan bantuan banyak pihak. Saya berterima kasih terutamanya kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Pejabat Kaunseling Islam kerana membantu saya mendapatkan visa.

"Terima kasih khas juga kepada Zizan Razak dan PPHF (Pusat Perunding Haji Furada) kerana merujukkan saya ke saluran yang betul."

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan