Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Natasha Hudson bakal sambut Aidiladha bersama pelarian Syria

Selebriti popular Malaysia, Natasha Hudson, bakal menyambut Aidiladha bersama pelarian Syria di Mafraq, Jordan.

Anggaran Waktu Membaca:
Natasha Hudson bakal sambut Aidiladha bersama pelarian Syria

Natasha Hudson bersama kanak-kanak. (Gambar: @natashahudsonofficial/Instagram)

Diterbitkan : 17 Aug 2018 04:37PM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 04:45PM

KUALA LUMPUR: Selebriti popular Malaysia, Natasha Hudson, bakal menyambut Aidiladha bersama pelarian Syria di Mafraq, Jordan.

Menurut laporan agensi berita Astro AWANI, bekas pelakon yang sudah berniqab itu berkata bahawa beliau memulakan misi kemanusiaan bersama badan sukarelawan Amal Hope ke sana.

Cik Natasha mengaku bahawa beliau juga mempunyai perasaan berdebar untuk ke sana dalam misi membantu pelarian Syria.

"Berdebar okay. Sambut Aidiladha kali ni dengan pelarian Syria di sana dan menunaikan janji dan amanah dan korban untuk anda sekalian," kata beliau menerusi status di Instagramnya, @natashahudsonofficial, pada Rabu (15 Ogos).

Dalam status yang sama, Cik Natasha juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendermakan dan menyumbangkan pada misi kemanusiaan itu, lapor Astro AWANI.

Astro AWANI juga menukil beliau sebagai berkata: "Saya sayang anda semua. Semoga Allah murah rezeki anda. Doakan kami selamat pergi dan pulang."  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan