Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nassier Wahab sedang rehat selepas pembedahan barah gusi

Penyanyi malar segar Nassier Wahab kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan barah gusi baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Nassier Wahab sedang rehat selepas pembedahan barah gusi

(Gambar-gambar: Instagram/Syed Sobrie SK)

Diterbitkan : 22 Jul 2019 07:06PM Dikemas Kini : 22 Jul 2019 07:15PM

SINGAPURA: Penyanyi malar segar Nassier Wahab kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan barah gusi baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, pembantu peribadi penyanyi itu, Aliff Salim, mendedahkan bahawa Nasseir sebenarnya mula mengalami masalah itu sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi.

“Setiap kali sakit, dia akan ambil pil penahan sakit yang diberi doktor. Apabila makan ubat, sakit itu akan hilang. Kadang-kadang ambil masa dua hingga tiga hari baru hilang sakitnya. Apabila terlalu berterusan, doktor memberitahu kaedah ini tidak bagus kerana boleh menjejaskan kesihatannya,” kata Aliff seperti ditukil Harian Metro.

Beliau menambah, penyanyi tersebut pada awalnya menangguh daripada menjalani pembedahan.

Utusan Online melaporkan, ini menyebabkan kesihatan Nassier juga merosot ketika itu ekoran jangkitan kuman selepas mencabut gigi geraham sebelah kiri rahangnya dua tahun lalu.

Setelah berjumpa dengan doktor buat kali ketiga, Nassier akhirnya terbuka hati untuk menjalani pembedahan pada 1 Jun lalu.

SAKIT YANG DIRAHSIAKAN

Nassier juga dilaporkan cuba menyembunyikan berita tentang penyakitnya sebelum ini.

“Apabila sakit itu datang, saya terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan dengan memberi alasan jadualnya padat," kata beliau seperti dilaporkan Harian Metro.

Aliff pula menambah: “Ada rakan yang melawatnya ketika di hospital dan di rumah. Dia mahu merahsiakan kesakitannya itu, tetapi adalah lebih baik dihebahkan kepada semua termasuk rakan untuk mereka datang serta mendoakannya."

Namun selepas menjalani pembedahan pada awal bulan lalu dan ditahan di wad selama 20 hari, keadaan penyanyi itu kini nampak lebih baik.

"Sebelum ini dia terpaksa makan menggunakan tiub membuatkan berat badannya agak susut. Rabu lalu, barulah tiub itu ditanggalkan dan dia dapat menikmati makanan seperti biasa,” dedah Aliff kepada Harian Metro.

Nassier juga turut tampak semakin positif sedang beliau beransur pulih.

“Alhamdulillah, kebimbangan saya sudah berakhir. Saya kini sudah boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Boleh makan, bersenam, berjumpa dengan kawan-kawan, beribadah dan bekerja macam dulu," katanya kepada Utusan online.

“Sel kanser ini jahat, ia boleh datang semula lebih-lebih lagi kalau kita berada dalam keadaan tertekan. Untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi pada masa depan, saya ikut setiap saranan doktor".

Rakan artis dan rakan sekolah beliau, Syed Sobrie semalam berkongsi gambar di Instagram, yang menunjukkan detik-detik beliau melawat Nassier dua minggu lalu.

"Mohon rakan2 yang saya hormati semua mendoakan agar Dato' Nassier segera sembuh seperti sediakala. Aamiin YRA. Love you so much my brother Nassier...," tulis Syed Sobrie.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan