Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nash Lefthanded cedera dalam kemalangan

Penyanyi terkenal dari Malaysia, Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62 mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, petang tadi (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Nash Lefthanded cedera dalam kemalangan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 20 Apr 2021 10:51PM Dikemas Kini : 20 Apr 2021 10:53PM

SEREMBAN: Penyanyi terkenal dari Malaysia, Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62 mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, petang tadi (20 Apr).

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.00 petang semasa bekas vokalis kumpulan Lefthanded bersama pemandunya itu sedang dalam perjalanan dari Johor menuju ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Harrier yang dinaiki mereka melanggar lopak air, sebelum ia hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan mangsa mengalami luka pada muka dan sakit dada, manakala pemandunya berusia 33 tahun pula hanya mengalami luka-luka ringan. Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini (20 Apr).

Sementara itu, anak lelaki Nash, Shameer Nasha Jamaluddin, 26, berkata bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan terpaksa diberi beberapa jahitan susulan kecederaan yang dialaminya.

“Ayah agak terkejut tadi, bagaimanapun keadaanya baik, dan masih berada di Hospital Seremban ketika ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan