Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nama Siti Nurhaliza bakal terpahat di 'Walk of Fame' Australia

Menurut laporan media Malaysia, pengiktirafan itu membuat TokTi sudah hampir memenangi 300 anugerah di dalam dan luar negara sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Nama Siti Nurhaliza bakal terpahat di 'Walk of Fame' Australia

(Gambar: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd)

Diterbitkan : 22 Dec 2020 09:14PM Dikemas Kini : 22 Dec 2020 09:15PM

MALAYSIA: Penyanyi Nombor Satu Malaysia, Siti Nurhaliza, bakal diberi pengiktirafan luar biasa di Australia.

Nama beliau adalah antara tiga nama seniman yang akan terpahat di Walk of Fame Pusat Pesta Adelaide atas penghargaan kepada persembahan terbaik yang diberikan mereka pada tahun 2019.

Menurut laporan Adelaide News, pengiktirafan tersebut diberikan kepada seniman yang melakar sejarah di pentas pusat berkenaan sejak dibuka pada 1973.

Ini bermakna nama Siti Nurhaliza atau kini mesra dengan panggilan TokTi akan terpahat di Walk of Fame itu bersama selebriti dan seniman popular lain di seluruh dunia.

Sebelum ini, beliau pernah mengadakan persembahan di Pesta OzAsia Pusat Pesta Adelaide pada tahun lalu.

Dalam satu catatan di Instagram, beliau mengucapkan terima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh para peminat yang sentiasa menyokongnya ketika waktu susah dan senang.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut laporan media Malaysia, pengiktirafan itu membuat TokTi sudah hampir memenangi 300 anugerah di dalam dan luar negara sejauh ini.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan