Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Najib, Rosmah bakal tampil dalam dokumentari siasatan jenayah Netflix

Satu siri dokumentari siasatan jenayah terbitan Netflix bakal menampilkan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bersama isteri, Rosmah Mansor.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib, Rosmah bakal tampil dalam dokumentari siasatan jenayah Netflix

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 29 Feb 2020 12:44PM Dikemas Kini : 29 Feb 2020 12:51PM

KUALA LUMPUR: Satu siri dokumentari siasatan jenayah terbitan Netflix bakal menampilkan mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bersama isteri, Rosmah Mansor.

Siri dokumentari siasatan jenayah yang diberi nama Dirty Money itu akan mengetengahkan isu-isu berhubung kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu rakaman perbualan audio dilihat muncul menerusi video promosi trailer di akaun rasmi Youtube Netflix.

Menerusi video trailer itu, ia memperlihatkan secara ringkas Najib sedang ditemu ramah.
“Ini semua tentang politik,” kata Najib menerusi video sepanjang kurang dua minit itu.

“Macam mana seorang isteri kepada ahli politik boleh memiliki kemewahan seperti ini,” kata seorang penemuramah sambil menunjukkan foto barang kemas seperti dinukil laporan Astro Awani.

Sebelum ini, Najib berdepan dengan tujuh pertuduhan; tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC.

Manakala Rosmah pula didakwa menerima rasuah melibatkan projek hibrid solar untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion (S$413 juta).

Dirty Money merupakan sebuah dokumentari enam cerita yang belum pernah dibongkarkan termasuk dakwaan isu skandal, penggubahan wang haram dan rasuah dalam dunia perniagaan.

Musim kedua dokumentari itu bakal ditayangkan di Netflix pada 11 Mac. 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan