Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Muzik Jamaica diiktiraf sebagai warisan dunia

Agensi kebudayaan dan saintifik PBB atau UNESCO sudah mengumumkan beberapa lagi warisan budaya tidak ketara sebagai Warisan Dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Muzik Jamaica diiktiraf sebagai warisan dunia

Patung Bob Marley. (Gambar: Mladen Antonov/AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2018 05:50PM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 06:00PM

PORT LOUIS, Mauritius: Agensi kebudayaan dan saintifik PBB atau UNESCO sudah mengumumkan beberapa lagi warisan budaya tidak ketara sebagai Warisan Dunia.

Muzik Jamaica kini diiktiraf sebagai warisan dunia.

Reggae bermula pada tahun-tahun 1960an sebagai bentuk bantahan dan melambangkan kesulitan serta perjuangan para penduduk Kingston, ibu kota Jamaica.

Ia kemudian menjadi popular di merata dunia kerana rentaknya yang unik.

Penyanyi reggae, Bob Marley, menjadi terkenal di seluruh dunia dengan lagunya "No Woman, No Cry" dan "Get Up, Stand Up."

Turut dimasukkan ke dalam senarai warisan dunia itu ialah 10 acara tradisional Jepun mengenai dewa-dewa dari cerita rakyat negara itu.

Tradisi tersebut diadakan di beberapa bahagian Jepun di mana orang ramai memakai topeng dan kostum untuk menyerupai dewa-dewa yang dikatakan membawa kebahagiaan dan nasib baik.

Sebelum ini beberapa amalan budaya tradisi Jepun juga sudah dimasukkan ke dalam senarai Warisan Dunia UNESCO. 

Sumber : AFP/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan