Muse, Toots and the Maytals dan Fatboy Slim bakal buat persembahan di F1 S'pura 2019
Kumpulan rock Britain Muse, DJ terkenal Fatboy Slim dan legenda reggae Toots and the Maytals bakal membuat persembahan dalam temasya tahun depan dijadualkan pada 20 hingga 22 September.
SINGAPURA: Formula One (F1) Grand Prix Singapura Singapore Airlines tidak hanya menawarkan perlumbaan di litar. Pelbagai acara dianjurkan di luar litar bagi menghiburkan pengunjung.
Kumpulan rock Britain Muse, DJ terkenal Fatboy Slim dan legenda reggae Toots and the Maytals bakal membuat persembahan dalam temasya tahun depan dijadualkan pada 20 hingga 22 September.
Pihak penganjur Singapore Grand Prix pada Isnin (3 Dis) mengumumkan kumpulan pertama di kalangan artis yang bakal membuat persembahan, termasuk kumpulan rock Amerika Syarikat Larkin Poe.
Dari Britain pula, kumpulan rock Muse, yang terkenal dengan lagu-lagu hits mereka seperti Hysteria, Stockholm Syndrome dan Plug In Baby, sudah berjaya menjual lebih 20 juta album dan memenangi dua anugerah Brit dan dua Grammy
Kumpulan trio yang terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar Matt Bellamy, pemain gitar bes Chris Wolstenholme dan pemain dram Dominic Howard, akan menyerikan pentas di Zon 4 pada 21 September.
DJ terkenal dan penerbit muzik Fatboy Slim pula bakal membuat persembahan di Zon 1 pada tarikh yang sama.
Legenda dari Jamaica Toots and the Maytals, yang mempopularkan genre reggae dan mula berkarya sejak 1960-an, bakal membuat persembahan di Zon 1 pada 20 September dan Zon 4 pada 22 September.
Bagi kumpulan rock Amerika Larkin Poe pula, persembahan di acara F1 itu merupakan yang pertama oleh pasangan adik beradik perempuan itu di Singapura.
Persembahan mereka berlangsung selama dua hari - di Zon 1 pada 21 September dan di Zon 4 pada 22 September.
Tiket boleh didapati dengan pembelian lebih awal sehingga 8 Mei 2019.
Lebih banyak lagi persembahan dijangka diumumkan kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.