Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Muhammad 'Ali nama pilihan putera sulung Alif Satar

Selebriti serba berbakat dari Malaysia, Alif Satar, bersama isterinya memilih nama Muhammad ‘Ali buat cahaya mata ketiga mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Muhammad 'Ali nama pilihan putera sulung Alif Satar

Alif Satar menimang cahaya mata ketiga lelaki pada 19 Sep 2019. (Gambar: Alif Satar/Instagram)

Diterbitkan : 22 Sep 2019 08:57PM Dikemas Kini : 22 Sep 2019 08:58PM

KUALA LUMPUR: Selebriti serba berbakat dari Malaysia, Alif Satar, bersama isterinya memilih nama Muhammad ‘Ali buat cahaya mata ketiga mereka.

Nama putera sulung pasangan itu dikongsi sendiri oleh Alif menerusi satu kemas kini di akaun Instagramnya pada Sabtu (21 Sep), lapor Astro Awani.

Isteri Alif, Shadila Halid, selamat melahirkan anak ketiga mereka itu Khamis (19 Sep) lalu pada jam 11.21 malam di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Selain nama, catatan tersebut juga mendedahkan wajah comel ‘Ali kepada umum.

“Assalamualaikum, Muhammad ‘Ali… Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Setiap doa anda sangat bermakna bagi kami," tulis penyanyi yang juga hos rancangan Big Stage itu, seperti ditukil Astro Awani.

Beliau juga dengan terujanya berkongsi rasa "tidak sabar hendak membawa 'Ali pulang dalam masa beberapa hari" selain merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan perubatan hospital berkenaan atas khidmat serta layanan yang diberikan.

Kelahiran 'Ali turut disambut dengan ucapan kegembiraan oleh rakan-rakan artis serta peminat personaliti itu yang juga terkenal dengan gaya hidupnya yang sangat sihat.

Sebelum ini, Alif dan isterinya dikurniakan dua orang anak perempuan.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan