Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Model cilik 3 tahun tiru gaya Neelofa

Baru tiga tahun, Nur Airis Nafisya Muhammad, sudah pandai berlagak seperti seorang model. Yang menjadi 'idolanya' pula, tidak lain dan tidak bukan artis terkenal Malaysia, Neelofa.

Anggaran Waktu Membaca:
Model cilik 3 tahun tiru gaya Neelofa

(Gambar: jemah_lopa/Instagram)

Diterbitkan : 14 Dec 2018 11:18AM Dikemas Kini : 14 Dec 2018 11:24AM

MALAYSIA: Baru tiga tahun, Nur Airis Nafisya Muhammad, sudah pandai berlagak seperti seorang model. Yang menjadi 'idolanya' pula, tidak lain dan tidak bukan artis terkenal Malaysia, Neelofa.

Airis menarik perhatian ramai apabila beberapa gambarnya meniru gaya Neelofa dikongsi oleh ibunya sendiri. Ternyata, bukan Airis yang tergila-gilakan Neelofa tetapi ibunya sendiri, Cik Eka Muliati Basri, 33 tahun, yang gemar melihat gaya fesyen Neelofa menerusi Instagram.

Dalam satu wawancara bersama mStar, wanita itu mendedahkan bahawa beliau lazimnya akan mencari pakaian dan aksesori yang sedia ada lalu merubahnya supaya kelihatan seperti milik Neelofa!

"Saya suka lihat fesyen dan penampilan Neelofa di Instagram. Setiap hari saya akan 'stalk' Neelofa untuk tengok foto fesyen terbaru yang dimuat naik," kata Cik Eka.

"Bila ada foto baru, saya akan tunjuk kepada anak dan kalau dia setuju nak buat gaya itu, barulah kami akan cari baju dan aksesori yang seakan dalam foto Neelofa.

"Kebetulan pula, saya ada baju dan barang-barang di rumah yang lebih kurang sama dipakai Neelofa," tambahnya kepada mStar Online.

BUKA AKAUN INSTAGRAM UNTUK ANAK

Airis mempunyai akaun Instagram sendiri dengan nama pengguna '@jemah_lopa'. Meskipun Cik Eka mempunyai akaun Instagrammnya sendiri, beliau baru sahaja membuka akaun Instagram untuk anaknya selepas gambar-gambarnya menjadi tular di media sosial.

Cik Eka mendedahkan kepada mStar bahawa beliau tidak menjangkakan bahawa anaknya itu akan menjadi popular kerana gambar-gambar yang dimuat naik sebelum ini hanya dikongsi dengan kenalan-kenalan sahaja.

Malah, gambar-gambar itu tidak boleh dikongsi rakan-rakannya di Facebook.

"Saya terkejut juga tiba-tiba foto-foto anak saya itu menjadi tular di laman sosial sedangkan dah lama saya muat naik di Facebook.

"Kalau saya nak viralkan, dah lama juga saya kongsi dengan semua orang tapi akaun FB saya dalam ketetapan privasi dan saya tak letakkan butang kongsi pun," katanya.

"Bila saya tanya dalam group whatsapp keluarga, rupa-rupanya kakak saya yang muat naik foto tersebut di laman sosial." 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan