Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Misteri gambar telur yang lebih popular dari Kylie Jenner akhirnya terbongkar

Makna di sebalik gambar telur misteri, yang dimuatnaikkan ke Instagram sebelum ini dan menarik perhatian seramai 10 juta pengikut dalam tempoh sebulan, akhirnya didedahkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Misteri gambar telur yang lebih popular dari Kylie Jenner akhirnya terbongkar

Video terbaru oleh Hulu mendedahkan makna di sebalik gambar telur popular Instagram. (Gambar: Egg Gang/Instagram)

Diterbitkan : 05 Feb 2019 02:53PM Dikemas Kini : 05 Feb 2019 03:02PM

AMERIKA SYARIKAT: Makna di sebalik gambar telur misteri, yang dimuatnaikkan ke Instagram sebelum ini dan menarik perhatian seramai 10 juta pengikut dalam tempoh sebulan, akhirnya didedahkan.

Selepas acara Super Bowl pada Ahad (3 Feb), Hulu mengeluarkan satu video selama 30 saat bagi menerangkan tujuan gambar berkenaan.

Menurut laporan The Independent, gambar telur itu sebenarnya adalah satu kempen kesihatan mental yang memberi amaran terhadap tekanan media sosial.

Gambar telur itu mendapat perhatian pada bulan lalu apabila ia menjadi catatan Instagram paling popular di dunia, sehingga menewaskan rekod selebriti sensasi, Kylie Jenner, sebelum ini.

Sejak dimuatnaikkan, gambar itu sudah menerima 52 juta ‘likes’.

Video yang dikeluarkan oleh Hulu itu menampilkan sebiji telur yang kelihatan retak dengan kapsyen yang berbunyi: "Saya adalah pemegang world_record_egg. (Anda mungkin pernah dengar tentang saya sebelum ini.)

Melalui video terbaru itu, telur berkenaan akhirnya ‘berasa lega’.

"Fuh, saya kini rasa lebih lega.

"Jika kamu berasa tertekan, layari talkingegg.info untuk maklumat lanjut," jelasnya menerusi muat naik video terbaru.

Video itu kemudian mengiklankan Mental Health America, iaitu sebuah syarikat bukan untuk mencari untung yang berpangkalan di Alexandria, Virginia.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada #TalkingEgg kerana membawa perhatian kepada #mentalhealth pada malam ini menerusi satu mesej penting," menurut pertubuhan itu dalam satu catatan Twitter.

"Tidak semua orang yang memilih untuk membincangkan secara terbuka isu kesihatan mental, tetapi anda berbuat demikian dengan satu daripada setiap lima rakyat Amerika mengalami isu kesihatan mental. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan