Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Minggu ke-3 GV2019: Naqiu kekal juara mingguan; Ameer Sofazr tersingkir

Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan Naqiu Boboy berjaya mengungguli kedudukan pertama manakala Ameer Sofazr pula menjadi bintang kedua yang tersingkir selepas Mazleela.

Anggaran Waktu Membaca:
Minggu ke-3 GV2019: Naqiu kekal juara mingguan; Ameer Sofazr tersingkir

Naqiu diiringi dua hos GV2019 ketika mendengarkan ulasan para juri selepas membuat persembahan. (Gambar: thisisnaqiu/Instagram)

Diterbitkan : 28 Oct 2019 11:21AM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 11:22AM

KUALA LUMPUR: Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2019 (GV2019) menyaksikan Naqiu Boboy berjaya mengungguli kedudukan pertama manakala Ameer Sofazr pula menjadi bintang kedua yang tersingkir selepas Mazleela.

Bertemakan 'Yang Aneh Aneh', 12 peserta GV2019 dengan penuh bergaya mendendangkan lagu yang dikatakan tidak pernah, tidak boleh dan mustahil dinyanyikan mereka.

Naqiu memberikan persaingan sengit kepada semua bintang yang bertanding menerusi penyampaian luar biasa lagu #123, nyanyian asal Khai Bahar.

Namun, menurut Astro GEMPAK, nasib tidak menyebelahi Ameer yang menyanyikan lagu Samrah Mentari oleh Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.

Sementara itu, Nurfatima yang mempersembahkan lagu Hati Kama pada minggu ketiga dipilih sebagai penerima 'Artis Cili Padi Paling Power'.

Anugerah tersebut diberikan oleh juri kepada bintang yang paling menyerlah dengan persembahan terbaik.

Pemenang menerima hadiah istimewa RM3,000 (S$980) dan bekalan produk Adabi bernilai RM500 (S$160).

Selain gelaran juara mingguan, Naqiu juga diumumkan sebagai 'Bintang Cuckoo Paling Gempak' dan membawa pulang sebuah Penapis Air Luar Rumah bernilai RM2,400 (S$780).

Konsert minggu ketiga juga diserikan lagi dengan kemunculan penyanyi veteran Zaiton Sameon. Biduanita itu diundang sebagai penerima sumbangan 'Farm Fresh Kongsi Rezeki' bernilai RM10,000 (S$3,255).

Kesemua bintang GV2019 menonjolkan persaingat sengit di konsert semalam hingga membuatkan panel juri, terdiri daripada dua juri tetap - Ramli MS dan Hetty Koes Endang - serta juri undangan, Rizalman Ibrahim, sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di tangga teratas carta mingguan itu.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan