Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Meskipun tiada dialog, klip pendek Frozen 2 berjaya pukau perhatian ramai

Siapkan gegendang telinga anda bagi laungan bait-bait "Let it go, let it go..", terutama sekali jika anda tinggal serumah dengan anak-anak kecil. Ini kerana "demam" filem animasi Frozen nampaknya sudah mula merebak lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Meskipun tiada dialog, klip pendek Frozen 2 berjaya pukau perhatian ramai

(Gambar: Disney)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 03:04PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 03:14PM

BERITAmediacorp: Siapkan gegendang telinga anda bagi laungan bait-bait "Let it go, let it go..", terutama sekali jika anda tinggal serumah dengan anak-anak kecil. Ini kerana "demam" filem animasi Frozen nampaknya sudah mula merebak lagi.

Syarikat Disney baru mendedahkan klip pendek atau teaser bagi filem animasi Frozen 2 - filem susulan Frozen yang ditayangkan pada 2013 - pada Rabu (13 Feb). Melihat pada jumlah tontonan sejauh ini, boleh dikatakan filem ini berpotensi tinggi mendapat sambutan yang hangat.

Mana tidak, baru 15 jam dimuatnaik, klip pendek dua minit itu sudah menarik 11 juta tontonan di laman Facebook dan 9 juta di saluran YouTube rasmi Disney.

Menakjubkan lagi, teaser ini tidak memaparkan sebarang dialog langsung.

Yang ditonjolkan, babak-babak aksi yang mendebarkan seperti Pemaisuri Elsa cuba mengatasi ombak badai serta Elsa dan Olaf dilingkari api berwarna merah jambu.

Selain watak-watak filem asal yang digemari ramai, video tersebut juga memaparkan dua watak baru: seorang wanita berambut perang dan seorang lagi wanita berambut merah.

Siapakah gerangan kedua-dua watak ini? Apakah penyebab situasi berbahaya yang mengancam watak-watak utama? Apa pula rahsia Olaf tidak cair meskipun dikelilingi api, selain diancam penghangatan global?

Para peminat perlu menanti sehingga November ini untuk mendapatkan jawapannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan