Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Meski terjatuh, Siti Nurhaliza duduki tempat ke-22 selepas kayuh 72km

Biduanita tersohor, Siti Nurhaliza, menduduki tempat ke-22 dalam kalangan 1,000 peserta bagi program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, pada Isnin (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Meski terjatuh, Siti Nurhaliza duduki tempat ke-22 selepas kayuh 72km

(Gambar: Siti Nurhaliza Tarudin/Instagram)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 11:36PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 11:56PM

KUALA LUMPUR: Biduanita tersohor, Siti Nurhaliza, menduduki tempat ke-22 dalam kalangan 1,000 peserta bagi program berbasikal Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, pada Isnin (15 Apr).

Pelantun lagu Anta Permana itu mencuri perhatian ramai apabil berjaya menamatkan kayuhan dengan jarak sejauh 72 kilometer dalam masa tiga jam, 13 minit dan 30 saat.

Dalam acara sebelah pagi itu, lapor Astro Awani, Siti melakukan kayuhan untuk kategori Warisan dengan mengelilingi pulau tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Siti mendedikasikan pingat yang dimenangi itu kepada permata hati kesayangannya, Siti Aafiyah.

“Alhamdullillah medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan dan menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.

“Mula-mula ibu nak masuk 25km saja, iyalah fun ride la kan. Lepas tu satu team kata alang-alang dah sampai Langkawi, jom kayuh sampai 72km. Whattttt!!! Dah lah tak pernah lebih 50km, berangan nak 72km.

“Berbekalkan semangat dan bantuan trainer saya #faizboh, saya kuatkan semangat,” kongsi Siti.

Lapor Astro Awani, menurut Siti lagi, beliau terjatuh sebelum memulakan kayuhan sehingga menyebabkan lututnya luka. Bagaimanapun, berbekalkan semangat beliau, Siti dapat bertahan dan berjaya menamatkan kayuhan dengan baik.

“Apa yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas, saya dah ‘jatuh’. Lukalah lutut. Macamanalah boleh jatuh, padahal dah berhati-hati sangat. Tak apa tebalkan muka, semangat punya pasal," seloroh Siti.

Selain Siti, kategori Warisan turut disertai Tunku Laksamana Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Menteri Besar Mukhriz Mahathir serta Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan