Images
  • melly
    Penyanyi dan komposer Indonesia, Melly Goeslaw. (Gambar: Melly Goeslaw/Instagram)

Melly Goeslaw susut 9 kilogram dalam 2 bulan

BERITAmediacorp: Setiap wanita mungkin mempunyai impian memiliki tubuh langsing, termasuklah penyanyi dan komposer Indonesia, Melly Goeslaw.

Dalam masa kurang dua bulan sahaja, bintang popular itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak sembilan kilogram.

Beliau mengongsi berita itu menerusi catatan di laman Facebooknya baru-baru ini.

Apakah rahsia Melly? Bagi menguruskan badan, Melly mengongsi beliau mengamalkan cara pemakanan dan diet yang disarankan oleh doktornya.

Selain menjaga pemakanannya, beliau juga mengongsi adalah penting untuk menjaga kesihatan minda dan emosi.

"Hidup terlalu singkat untuk dibebani fikiran-fikiran jelek. Inipun saya tidak terlalu ambil pusing sama berat badan turun berapa.

"Yang penting baju-baju banyak yang sudah muat lagi," tambahnya.

Usaha Melly untuk menurunkan berat badannya amat mengagumkan, dengan ramai peminatnya meninggalkan kata-kata perangsang dan pujian di laman Instagramnya. Mungkin kisah Melly ini dapat menjadi inspirasi bagi wanita lain yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan mereka.  

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top