Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Meghan Markle bakal terbit siri animasi Netflix

Duchess of Sussex Meghan Markle yang juga isteri kepada Putera Harry bakal menerbitkan sebuah siri animasi pengembaraan di Netflix tentang seorang budak perempuan 12 tahun yang terangsang oleh ikon-ikon wanita bersejarah, dedah syarikat penerbitannya pada Rabu (14 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Meghan Markle bakal terbit siri animasi Netflix

Gambar: AFP

Diterbitkan : 15 Jul 2021 10:06AM Dikemas Kini : 15 Jul 2021 10:09AM

WASHINGTON: Duchess of Sussex Meghan Markle yang juga isteri kepada Putera Harry bakal menerbitkan sebuah siri animasi pengembaraan di Netflix tentang seorang budak perempuan 12 tahun yang terangsang oleh ikon-ikon wanita bersejarah, dedah syarikat penerbitannya pada Rabu (14 Jul).

Pasangan tersebut memeterai satu perjanjian untuk menerbitkan kandungan bagi platform penstriman popular itu setelah melepaskan tanggungjawab mereka dalam kerajaan Britain.

Siri animasi itu, yang pertama kali diumumkan oleh Archewell Productions, syarikat yang ditubuhkan oleh pasangan berkenaan, akan dinamakan 'Pearl'.

"Seperti ramai kanak-kanak perempuan lain yang sebaya dengannya, wirawati kami Pearl adalah seseorang yang sedang melalui proses mengenali dirinya sendiri, sedang dia menempuhi cabaran-cabaran hidup setiap hari," kata Meghan dalam kenyataannya.

"Saya sangat teruja kerana Archewell Productions akan bekerjasama dengan platform Netflix dan para penerbit yang hebat-hebat untuk membawakan siri animasi baru yang meraikan wanita-wanita ulung dalam sejarah."

Meghan akan menjadi penerbit eksekutif 'Pearl' bersama penerbit lain termasuk Cik Carolyn Soper, pengarah filem animasi 'Sherlock Gnomes' dan Cik Liz Garbus, seorang pembuat filem dari Amerika Syarikat yang antara hasil karyanya termasuk 'Lost Girls' serta Encik David Furnish, seorang pembuat filem dari Kanada.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan