Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mediacorp tawar kandungan bermutu sokong langkah pemerintah duduk di rumah

Mediacorp menyokong langkah-langkah jarak selamat lebih ketat yang dilaksanakan pemerintah dengan menawarkan kandungan bermutu bagi memastikan rakyat Singapura terus menerima maklumat dan  terhibur semasa  tidak keluar rumah dalam tempoh  pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp tawar kandungan bermutu sokong langkah pemerintah duduk di rumah

Kampus Mediacorp (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Mediacorp menyokong langkah-langkah jarak selamat lebih ketat yang dilaksanakan pemerintah dengan menawarkan kandungan bermutu bagi memastikan rakyat Singapura terus menerima maklumat dan terhibur semasa tidak keluar rumah dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 sekarang.

Melalui inisiatif #StayHomeWithMe pelbagai kandungan segar disediakan bagi membantu penonton di rumah kekal aktif dan sihat meskipun tidak dapat keluar rumah.

Selain itu waktu siaran Suria juga dilanjutkan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bagi para penonton.

Ini termasuk hiburan menarik seperti filem blokbuster mesra keluarga, filem klasik dalam dialek dan siri-siri drama.

AYUH SIHAT BERSAMA

Beberapa rancangan juga diaturkan di Suria bagi para penonton menikmati lebih banyak rancangan informatif dan menarik.

Rancangan Ayuh Sihat Bersama ditayangkan dari siri pertama hingga ketiga pada 3.30 petang pada setiap Isnin hingga 24 April.

Ia juga ditayangkan pada 9.30 pagi dan 3.30 petang pada hari Rabu dan Jumaat hingga 29 Mei.

SIHAT OH SIHAT

Rancangan Sihat Oh Sihat yang mendidik orang ramai serta menggalak mereka bertanya mengenai pelbagai jenis penyakit juga kini tayangkan.

Ia bersiaran pada 3.30 petang pada setiap Selasa dan Khamis hingga 28 Mei.

#STAYHOMEWITHME

Penyampai radio WARNA 94.2FM Suharti Ali pula akan muncul di televisyen bagi membawa anda petua kesihatan, permainan dan dedikasi lagu.

Siaran yang juga dirakam langsung di Facebook WARNA itu akan ditayangkan dari Isnin hingga Jumaat, dari 3.00 hingga 3.30 petang, bermula hari ini (9 Apr).

Kempen Mediacorp sendiri, #imstayinghome juga akan diiringi dengan treler 60 saat bertajuk "I Stay Home Because" atau "Saya Duduk di Rumah Kerana".

Treler tersebut menampilkan orang ramai dari pelbagai latar belakang yang berkongsi betapa bermaknanya dan mengapa duduk di rumah itu penting bagi mereka.

Kempen berkenaan bagi saling melengkapi #StayHomewithMe, #SGunited and #stayhomeforsg.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan