Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mediacorp rangkul 46 anugerah di Anugerah Festival New York 2019

Mediacorp memenangi 46 anugerah di Anugerah TV & Filem Festival New York 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Apr 2019 05:47PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 08:50PM

SINGAPURA: Mediacorp memenangi 46 anugerah di Anugerah TV & Filem Festival New York 2019.

Demikian diumumkan syarikat itu dalam satu kenyataan media pada Jumaat (12 Apr).

Kemenangan itu adalah yang terbesar buat Mediacorp bagi acara tahunan tersebut - yang berlangsung di Wyn Encore, Las Vegas. Mediacorp menggondol dua Emas, 13 Perak dan lapan Gangsa selain 23 pengiktirafan sebagai Finalis.

Anugerah TV & Filem Festival New York mengiktiraf program-program berita, sukan, dokumentari, maklumat dan hiburan terbaik termasuk video muzik, iklan berbentuk informasi serta tayangan filem. Edisi tahun ini menerima penyertaan dari 50 negara.

Sebanyak 27 daripada keseluruhan anugerah yang dibawa pulang Mediacorp mengiktiraf rancangan dokumentari terbitan CNA.

Salah satunya ialah 'Refugee Chef', dihasilkan dengan kerjasama firma penerbitan People Factor Studio. Siri dokumentari tersebut, yang merangkul satu anugerah Emas dan dua anugerah Perak, memaparkan cerita para pelarian yang melarikan diri daripada masyarakat-masyarakat yang dibelenggu sengketa. Ia berkisar tentang bagaimana golongan itu, menerusi resipi turun-temurun keluarga, membina semula kehidupan mereka dan mengubah tanggapan orang terhadap Asia melalui makanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Mediacorp Tham Loke Kheng berkata: "Di samping 10 penerbitan dalaman Mediacorp, penyertaan-penyertaan yang meraih kemenangan termasuk filem-filem yang diselenggarakan CNA ke syarikat-syarikat penerbitan bebas. Tahap pengiktirafan yang belum pernah berlaku bagi Mediacorp di peringkat antarabangsa ini adalah bukti kepada mutu tinggi kandungan kami yang diterbitkan di Singapura sendiri oleh bakat-bakat kreatif di Mediacorp serta ekosistem kandungan yang diperluaskan."

Ketua Editor Mediacorp, Walter Fernandez berkata kemenangan CNA adalah satu pengesahan yang tepat pada masanya bagi syarikat tersebut sebagai salah satu jenama berita dan hal ehwal semasa yang utama di Asia.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan