Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp jadi rakan kandungan strategik YouTube di S'pura

Saluran Channel NewsAsia kini boleh ditonton sepanjang 24 jam di merata dunia. Ini setelah Mediacorp dan platform perkongsian video YouTube melancarkan satu kerjasama strategik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Feb 2019 03:19PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 12:44AM

SINGAPURA: Saluran Channel NewsAsia kini boleh ditonton sepanjang 24 jam di merata dunia. Ini setelah Mediacorp dan platform perkongsian video YouTube melancarkan satu kerjasama strategik.

Mediacorp akan menyiarkan kandungan berita, ehwal semasa dan rancangan gaya hidup yang diterbitkan oleh Channel NewsAsia dan 8world. Ia akan disiarkan melalui saluran Youtube Mediacorp.

Kerjasama itu akan meluaskan rangkaian Mediacorp dengan adanya video-video berita.

Ini sebagai tambahan kepada khidmat Toggle dan wadah-wadah digital lain yang sedia ada.

Kerjasama itu juga memberi Mediacorp kuasa lebih luas terhadap peluang-peluang pengiklanan di YouTube, sekali gus mengurangkan kos dan mempermudah prasarana video bagi meningkatkan pengalaman tontonan para pengguna.

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan