Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mayat anak Fauziah Nawi ditemui 500 meter dari lokasi kejadian

Mayat anak lelaki pelakon veteran Fauziah Nawi yang dilaporkan hilang di sungai sudah ditemui. Ia didapati terapung 500 meter dari lokasi kejadian pada 4.25 petang tadi (27 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat anak Fauziah Nawi ditemui 500 meter dari lokasi kejadian

(Gambar: BERNAMA/PDRM)

Diterbitkan : 27 Oct 2019 07:34PM Dikemas Kini : 27 Oct 2019 07:43PM

KUANTAN: Mayat anak lelaki pelakon veteran Fauziah Nawi yang dilaporkan hilang di sungai sudah ditemui. Ia didapati terapung 500 meter dari lokasi kejadian pada 4.25 petang tadi (27 Okt).

Firdaus 'Pitt' Hanif, yang juga seorang pengarah filem, sebelum ini dikhuatiri lemas selepas bot fiber yang dinaikinya ketika memancing, terbalik di Sungai Jelai, Kuala Lipis semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Pitt Hanif, 43, sudah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masuk hari kedua pada hari ini telah dihentikan pada pukul 5.00 petang tadi," katanya ketika dihubungi.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Gemunchur di Mela selepas bot fiber dinaikinya bersama rakannya terbalik dan rakannya ditemui selamat.

Fauziah pada sekitar 4.45 petang tadi turut mengesahkan berita pemergian anak lelakinya itu menerusi siaran langsung di Facebook (Facebook Live).

Beliau turut menzahirkan kesyukuran kerana diberitahu jenazah anaknya ditemui dalam keadaan yang baik.

Sambil mengesat air mata, beliau berkata: "Alhamdulillah, menurut adik saya Fauzi Nawi (yang berada di lokasi), pihak bomba yang menjumpai jenazah anak saya Muhd Firdaus, dia mengatakan dia tidak pernah jumpa jenazah orang yang secantik itu walaupun sudah berada di dalam air selama dua hari."

Dalam siaran selama dua minit itu, Fauziah yang secara kerap memuat naik kemas kini berhubung pencarian anaknya sejak semalam, mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang membantu dalam usaha pencarian dan mendoakan keluarganya, sambil memohon maaf kerana tidak dapat melayan sebarang panggilan telefon buat masa ini. 

Sumber : Bernama/BERITAmediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan