Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Maya Karin kumpul tandatangan gesa kerajaan perkasa portfolio alam sekitar

Pelakon jelita Maya Karin menerusi akaun Twitternya menyeru agar orang ramai membantu Persatuan Biologi Pemuliharaan Malaysia untuk menandatangani petisyen yang sudahpun bermula sejak 18 Mei lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Maya Karin kumpul tandatangan gesa kerajaan perkasa portfolio alam sekitar

Gambar: Maya Karin/Facebook

Diterbitkan : 23 May 2018 08:27AM Dikemas Kini : 23 May 2018 08:49AM

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Maya Karin menerusi akaun Twitternya menyeru agar orang ramai membantu Persatuan Biologi Pemuliharaan Malaysia untuk menandatangani petisyen yang sudahpun bermula sejak 18 Mei lalu.

Petisyen tersebut adalah untuk menggesa kerajaan persekutuan yang baru mengekalkan dan memperkasa portfolio alam sekitar, lapor Sinar Harian.

"Kepada anda semua yang dihormati, kami cuba untuk mendapatkan kira-kira 20,000 tandatangan untuk memberi kesan.

"Petisyen ini terdapat dalam bahasa Inggeris, BM (Bahasa Malaysia), Tamil dan Mandarin. Sila kongsikan dan galakkan lebih ramai orang untuk tanda tangan. Kami memerlukan semua bantuan anda untuk melakukan perkara ini," tulis Maya Karin dalam catatan Twitternya.

Sejauh ini sudah lebih 25,000 orang menyokong dan menandatangani petisyen tersebut.

Kumpulan itu menyeru kerajaan untuk meletakkan nilai yang tinggi ke atas portfolio berkenaan dan memilih menteri yang ikhlas dalam melindungi alam sekitar.

Maya turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong usaha itu dan masih meneruskan usaha tersebut.

"23,000 and counting! Thank you!," tulis Maya.

Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 14 anggota Parlimen Pakatan Harapan yang dilantik sebagai menteri Persekutuan.

Namun begitu, sehingga kini menteri bagi menerajui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar belum ada dalam senarai tersebut, lapor Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan