Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Maya Karin gesa jangan musnahkan hutan gara-gara trend raya

 Pelakon dan aktivis alam sekitar, Maya Karin, kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang mengaut keuntungan dengan menjual lemang dari periuk kera - spesies yang kini dianggap terancam, lapor Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Maya Karin gesa jangan musnahkan hutan gara-gara trend raya

Pelakon Malaysia, Maya Karin. (Gambar: Maya Karin/Instagram)

Diterbitkan : 01 Jun 2019 01:00AM Dikemas Kini : 01 Jun 2019 01:02AM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan aktivis alam sekitar, Maya Karin, kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang mengaut keuntungan dengan menjual lemang dari periuk kera - spesies yang kini dianggap terancam, lapor Malaysiakini.

Katanya, trend tersebut tidak harus diikuti kerana hanya akan menjejaskan habitat semula jadi.

“Saya minta jangan ikut trend ini, sebab periuk kera sangat susah dijumpai dan hanya ada di hutan."

“Sebab ia pokok yang menolong habitat lain untuk hidup, itu ironinya. Itu yang saya marah sekarang,” katanya kepada para wartawan selepas ditemui di Rumah Warisan di Kuala Lumpur.

Menurut Malaysiakini, Maya sebelum itu melawat tapak Bazar Ramadan bagi mengagihkan 2,500 beg mesra alam bertulisan 'Aku tak nak plastik’ dan bekas makanan kepada pengunjung bazar Ramadan sebagai salah satu ‘kempen hijau Ramadan’.

Pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu juga berkata, setiap tahun banyak hutan ditebang, dan jika trend mencari periuk kera diteruskan ia akan hanya memusnahkan tumbuhan berkenaan di negara ini.

“Sekarang pula disebabkan trend ada pula lemang periuk kera. Jika kita tidak tebang pokok kita akan ada lebih pokok dan juga ada periuk kera,” katanya.

Baru-baru ini, menurut Malaysiakini, seorang peguam dan juga Pengerusi Persatuan Pencinta Alam cawangan Negeri Pahang, Jehan Bakar, berkongsi maklumat mengenai periuk kera kepada orang ramai di Facebook.

Beliau berkata, ramai orang tidak tahu bahawa tumbuhan itu tersenarai dalam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) sebagai spesies yang terancam.

Justeru, aktres berusia 39 tahun tersebut menggesa para peniaga lemang periuk kera agar berhenti berbuat demikian.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan