Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Matrix 4 diumumkan; kembali tampilkan Keanu Reeves, Carrie-Ann Moss

Filem 'sci-fi' popular, The Matrix, akan kembali ke pawagam dengan edisi keempat. Studio Warner Bros mengumumkan pada Selasa (20 Ogos), bahawa pelakon Keanu Reeves juga akan kembali untuk memainkan watak wira hebat Neo.

Anggaran Waktu Membaca:
Matrix 4 diumumkan; kembali tampilkan Keanu Reeves, Carrie-Ann Moss

(Gambar: Facebook/The Matrix)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 01:28PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 01:36PM

LOS ANGELES: Filem 'sci-fi' popular, The Matrix, akan kembali ke pawagam dengan edisi keempat. Studio Warner Bros mengumumkan pada Selasa (20 Ogos), bahawa pelakon Keanu Reeves juga akan kembali untuk memainkan watak wira hebat Neo.

Lana Wachowski akan kembali menerajui projek tersebut dan akan menulis, mengarah dan menerbitkan edisi terbaru siri popular yang berkisarkan kehidupan manusia terperangkap dalam alam maya. Siri tersebut meraih keuntungan lebih AS$1.6 bilion (S$2.22 bilion) sedunia.

Lana dan kakaknya Lilly - yang dahulunya dikenali sebagai 'the Wachowski brothers', Andy dan Larry, sebelum menukar jantina - adalah pengarah trilogi filem asal.

Warner Bros tidak mendedahkan secara terperinci jika filem terbaru itu adalah filem susulan langsung dan sekadar menyatakan ia "berlatarkan dunia The Matrix".

Filem-filem asal mengisahkan sekumpulan pemberontak yang menentang mesin-mesin bijak pada masa hadapan ketika manusia dijadikan hamba dalam dunia Matrix- realiti maya yang menyerupai dunia sekarang.

(Gambar: Facebook/The Matrix)

Neo, watak yang dijayakan Reeves, adalah wira utama yang ditakdirkan untuk menyelamatkan manusia.

Fantasi gelap itu menggabungkan mitologi Barat dan falsafah ketimuran, selain babak-babak perlawanan dan kesan khas yang mengagumkan penonton.

Carrie-Anne Moss turut kembali menjayakan wataknya sebagai Trinity.

Filem asal Matrix menyambut ulang tahunnya ke-20 tahun ini, dengan tayangan khas dijadual di Amerika Syarikat bulan ini. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan