Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Masuk hari ke-9 kuarantin COVID-19, Emma Maembong masih hilang deria rasa dan bau

Seperti yang diketahui ramai, pelakon terkenal dari Malaysia, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin wajib di kediaman mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Masuk hari ke-9 kuarantin COVID-19, Emma Maembong masih hilang deria rasa dan bau

(Gambar: Instagram/Emma_maembong official)

Diterbitkan : 19 Jan 2021 09:45PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 09:59PM

KUALA LUMPUR: Seperti yang diketahui ramai, pelakon terkenal dari Malaysia, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin wajib di kediaman mereka.

Melalui perkongsian di IG Stories, Emma memaklumkan bahawa beliau dan suaminya berada dalam keadaan baik, namun pelakon itu turut mendedahkan setakat ini beliau masih tiada deria rasa dan bau.

"Esok adalah hari terakhir kuarantin dan kita akan buat ujian saringan kedua, Insyaallah keputusan negatif. Namun, saya masih tidak ada rasa dan bau," katanya melalui IG Stories di laman Instagramnya pada Isnin (18 Jan).

Jelasnya, ketika ini beliau berada pada peringkat pertama jangkitan COVID-19 dan masih tiada gejala yang membimbangkan.

Susulan itu katanya, beliau dan suami hanya perlu menjalani kuarantin di rumah dan memberi ruang kepada pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan di hospital.

Emma dalam pada itu, turut menasihati mana-mana individu untuk melakukan ujian saringan COVID-19 jika mengalami gejala seperti demam dan sakit tekak.

"Nasihat Emma, kalau rasa sakit tekak atau demam, terus pergi buat swab test sebab tidak rugi dan tidak payah takut.

"Sekurang-kurangnya apabila kita tahu kita positif, kita boleh selamatkan ramai lagi nyawa. Daripada kita positif dan jadi lebih teruk kalau kita pergi jumpa orang," tambahnya lagi.

Anak mereka, Shariq Gabriel, yang sebelum ini disahkan negatif COVID-19 ketika ini dijaga oleh kakak Emma, Coddy Maembong.

Pada 15 Januari lalu, Emma mendedahkan beliau dan suami disahkan positif COVID-19 melalui video yang dimuat naik ke Instagram.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan