Images
  • marvel studios
    (Gambar: Reuters)

Marvel seru peminat adiwira kembali ke pawagam sebagai tanda sokongan

LOS ANGELES: Marvel Studios milik Walt Disney Co pada Isnin (3 Mei) menggalakkan para peminat filem adiwira supaya kembali ke pawagam untuk memberi sokongan kepada pawagam-pawagam yang cuba menyambung semula perniagaan di tengah-tengah persaingan daripada khidmat penstriman.

"Jumpa anda di pawagam," menurut video ringkas tiga minit yang menguar-uarkan 10 filem Marvel akan datang termasuk "Black Widow," "Eternals" dan filem sambungan "Black Panther" yang bertajuk "Black Panther: Wakanda Forever".

Video itu juga menunjukkan rakaman para peminat dalam sebuah pawagam memberi reaksi kepada adegan pertarungan dalam filem "Avengers: Endgame" pada April 2019.

Masa hadapan pawagam tidak menentu setelah ia ditutup buat tempoh lama semasa pandemik COVID-19.

Para pengendali bebas dan rangkaian utama termasuk AMC Entertainment, Cineworld Pic dan Cinemark Holdings Inc berharap filem-filem pecah panggung dari Marvel dan syarikat penerbitan lain dapat membantu menarik semula para penonton.

Pada masa yang sama, Disney dan syarikat-syarikat media lain membuat pelaburan berbilion dolar untuk bersaing dengan Netflix Inc dan menyediakan pelbagai filem pilihan untuk ditonton melalui penstriman di rumah.

- Reuters/HA/ha

Top