Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mariah Carey buat kejutan istimewa; pakai baju pemberian peminat M'sia

Setelah empat tahun berlalu, penyanyi pop dan R&B antarabangsa terkenal, Mariah Carey kembali ke Malaysia minggu lalu bagi menjayakan konsertnya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bersempena konsert jelajahnya Mariah Carey Live in Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Mariah Carey buat kejutan istimewa; pakai baju pemberian peminat M'sia

Mariah Carey. (Gambar: mariahcarey/Instagram)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 11:15AM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 11:21AM

MALAYSIA: Setelah empat tahun berlalu, penyanyi pop dan R&B antarabangsa terkenal, Mariah Carey kembali ke Malaysia minggu lalu bagi menjayakan konsertnya di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bersempena konsert jelajahnya Mariah Carey Live in Kuala Lumpur.

Sinar Harian melaporkan bahawa kehadiran penyanyi popular itu amat dinanti-nanti oleh para peminatnya sehingga ada di kalangan mereka yang sanggup menunggu ketibaan penyanyi kesayangan mereka itu di lobi hotel penginapannya.

Menerusi perkongsian salah seorang ahli kelab peminatnya di Malaysia yang dikenali sebagai Malaysian Lambs, Zuan Ariffin di Facebook miliknya berkata, beliau begitu gembira dan teruja dapat berjumpa dengan penyanyi kesayangannya itu.

Menurut Zuan Ariffin, beliau turut berkesempatan memberi penyanyi tersohor itu beberapa hadiah termasuk sehelai baju edisi khas peminatnya dari Malaysia, lapor Sinar Harian.

Malah lebih mengharukan lagi, Mariah bukan sahaja menerima tetapi turut memakai baju pemberian peminatnya itu dan memuat naik gambarnya memakai baju tersebut di Instagram miliknya.

Menurut Sinar Harian, kali terakhir penyanyi antarabangsa itu berada di Malaysia ialah pada tahun 2014.  

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan