Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Mari sini, saya nak cili mulut tu...'

Kerajaan Malaysia diminta mengkaji peraturan mengenai tawaran hadiah kepada artis yang menyertai sesuatu pertandingan bagi mengelak mereka menjadi mangsa penipuan.

Anggaran Waktu Membaca:
'Mari sini, saya nak cili mulut tu...'

(Gambar: @aishahjmm/Instagram)

Diterbitkan : 27 Aug 2018 10:46PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 10:50PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia diminta mengkaji peraturan mengenai tawaran hadiah kepada artis yang menyertai sesuatu pertandingan bagi mengelak mereka menjadi mangsa penipuan.

Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah, berkata kegagalan pihak penaja memenuhi janji mereka tidak wajar berlaku.

Justeru, katanya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia wajar membuat penelitian berhubung peraturan hadiah yang ingin ditawarkan kepada pemenang sesuatu pertandingan.

Malaysiakini menukil Aishah sebagai berkata: “Jangan jadikan saya juara Gegar Vaganza pertama yang tidak menerima hadiah.

"Saya tidak boleh hadam mengapa perkara ini boleh terjadi begini. Ia membuatkan saya kecewa kerana sudah lama saya tidak menyertai mana-mana pertandingan.

“Gegar Vaganza satu platform baik untuk artis lama membuat kemunculan, tetapi kami bukan buat persembahan kebajikan (percuma),” katanya.

Malaysiakini sebelum ini menyiarkan laporan kekecewaan penyanyi 'Janji Manismu' itu apabila masih belum menerima sebidang tanah yang dijanjikan penaja.

Astro, selaku penganjur GV4 pula, ketika dihubungi menjelaskan bahawa syarikat yang menawarkan hadiah tapak banglo itu meminta diberikan sedikit masa lagi bagi menyelesaikan "isu berbangkit."

Selain tapak banglo, Aishah juga turut meluahkan kekecewaannya berhubung isu rantai berlian palsu tajaan pengusaha kosmetik yang didakwa sepatutnya bernilai RM80,000 (S$26,640).

Malaysiakini difahamkan bahawa Aishah serta naib juara dan pemenang tempat ketiga GV masih bersedia memberi ruang agar isu itu diselesaikan secara baik.

Aishah berkata pada masa sama, stesen penyiaran Malaysia juga perlu mempertimbangkan cadangan supaya menyediakan prosedur operasi standard (SOP) berhubung tajaan hadiah.

“Saya harap perkara ini tidak menjadi amalan mana-mana stesen penyiaran, gebang sana-sini. Perlu ditetapkan berapa lama tempoh maksimum untuk menuntut hadiah.

“Ini perlu supaya reputasi yang penaja terjaga dan pemenang tak perlu meminta-minta ke sana ke mari,” katanya yang mendakwa sudah jenuh cuba mendapatkan respon daripada pihak yang berkenaan tetapi tidak berhasil.

Mengenai barang kemas yang tidak memuaskan hati itu, Aishah berkata beliau dimaklumkan mengenai ketulenannya selepas mengunjungi dua kedai berbeza.

Malah, beliau juga masih menyimpan bukti daripada semakan kedai terbabit.

Dalam pada itu, semasa mengulas komen netizen yang menuduhnya sebagai artis terdesak hingga perlu menjual barang kemas, Aishah berkata ia bukanlah seperti yang didakwa mereka.

“Hadiah itu memberi nilai peribadi kerana menjadi juara GV4, justeru memang ingin selalu memakai barang kemas itu ke mana jua saya pergi, tetapi saiznya terlalu besar.

“Saya ingin mengubah saiznya kepada yang lebih kecil termasuk untuk dipakai pada jari.

"Amboi... sedap sungguh mulut orang yang mengata, mari sini saya nak cili mulut tu,” katanya secara berjenaka.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan