Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Mamat jalani kaunseling, yakin beri persembahan terbaik di konsert

Memberikan persembahan yang terbaik khas untuk para peminat.

Anggaran Waktu Membaca:
Mamat jalani kaunseling, yakin beri persembahan terbaik di konsert

Mamat Exist. (Gambar: Mamat Exist/Instagram)

Diterbitkan : 28 Sep 2019 01:47PM Dikemas Kini : 28 Sep 2019 01:50PM

SHAH ALAM: Memberikan persembahan yang terbaik khas untuk para peminat.

Itulah janji yang akan cuba dikotakan oleh Mamat, bekas penyanyi kumpulan muzik popular 90-an, Exists.

Mamat atau nama penuhnya Mohd Ali Kamaruddin, 41 tahun berkata keadaan kesihatan dan emosinya stabil.

Selain sokongan teman seperjuangan dan keluarga, semangatnya untuk terus memperbaiki diri turut dibantu oleh sesi kaunseling yang disertainya.

"Sesi kaunseling adalah perkara asas sebelum saya mendapat rawatan pemulihan sebenar, yang hanya akan dijalankan selepas konsert kami tamat.

"Alhamdulillah, penganjur dan kawan yang lain turut menjaga saya dengan baik. Kini, saya lebih yakin untuk memberikan persembahan terbaik pada konsert itu nanti," katanya dipetik BH Online.

Mamat dan para bekas anggota kumpulan itu akan membuat persembahan di konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, esok (29 Sep).

Mamat ditahan dengan rakannya ketika menaiki motosikal atas kesalahan memiliki sejumlah dadah jenis syabu pada 8 September lalu.

Namun dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Dia kemudian dibawa ke Kuala Lumpur oleh penganjur konsert, Shiraz Projects Sdn Bhd, bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada persediaan persembahan itu. 

Sumber : Agensi berita/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan