Images
  • wgs (1)
    400 orang hadir, imbau zaman kegemilangan Jalan Ampas bersama artis-artis veteran seperti Hashimah Yon, Lela Manja, Rosnani Jamil, Zaiton Abdullah di WGS pada malam Ahad (14 Jul).

Malam Nostalgia himpun artis veteran Jalan Ampas dan Jalaluddin Hassan

SINGAPURA: Artis-artis veteran dari Jalan Ampas berhimpun dalam satu malam perjumpaan di Wisma Geylang Serai (WGS) pada malam Ahad (14 Jul), sekaligus mengubati rindu para peminat mereka.

Sambil disajikan dendangan lagu-lagu klasik, 400 orang yang hadir pada malam perjumpaan itu juga berpeluang beramah mesra dengan bintang-bintang kesayangan mereka.

Acara anjuran Wisma Geylang Serai dengan Kumpulan Peminat P Ramlee Singapura itu lebih istimewa lagi dengan kehadiran pelakon mapan dari Malaysia, Jalaluddin Hassan.


Menurut beliau: "Ini usaha yang baik untuk kita memberitahu kepada anak-anak generasi muda bahawa inilah bakat-bakat dahulu yang telah mengangkat filem-filem Melayu hingga sampai ke gemilangnya."

Kehadiran bintang-bintang itu juga sejajar dengan visi WGS untuk menjadi wadah bagi artis-artis baru dan lama berdamping dan bertukar-tukar idea.

"Harapan kami ialah untuk jangka masa panjang, WGS menjadi satu tempat di mana kita melihat bagaimana anak-anak muda kita boleh bergabung tenaga dengan artis-artis lama," kata Datuk Bandar CDC Tenggara, Dr Mohd Maliki Osman.

 "Bagaimana mereka mempelajari seni muzik Melayu lama di mana mungkin dapat menghasilkan genre Melayu baru dapat menggabungkan lagu-lagu Melayu lama dengan muzik Melayu baru kita," tambah beliau.

- BERITAmediacorp/fz

Top