Images
  • neelofa wedding sop
    (Gambar: Facebook/ Info Roadblock JPJ/POLIS)

Majlis pernikahan Neelofa didakwa langgar SOP COVID-19

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti, Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berikutan dakwaan majlis tersebut melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan COVID-19, menurut media Malaysia.

Sinar Harian melaporkan ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Mohamad Zainal Abdullah sebagai berkata, polis turut membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis tersebut.

Astro Awani menukil ACP Zainal sebagai berkata: "Kami menerima laporan berhubung isu ketidakpatuhan kepada SOP, jadi kami sudah membuka kertas siasatan pada semalam (Sabtu).

"Dijangka petang ini pihak penganjur majlis dan pihak hotel akan datang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad (28 Mac).

Menurutnya, siasatan awal mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal, lapor Astro AWANI lagi.

Berita Harian Malaysia pula melaporkan ACP Zainal berkata selain pemilik hotel dan penganjur, polis akan memanggil pengantin dan pasangannya serta ahli keluarga dan sanak saudara yang hadir dalam majlis berkenaan.

Sinar Harian melaporkan, hadir sama pada majlis pernikahan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; ahli keluarga Neelofa iaitu Halim Khan dan Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Ismail Nobat dan Normah Johari.

LAPORAN BERKAITAN:

- Agensi berita/TQ/tq

Top