Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Maher Zain buat persembahan sulung di Pulau Pinang pada 16 Mac

Penyanyi warga Sweden kelahiran Lubnan yang terkenal dengan lagu “Insya Allah” suatu ketika dahulu, Maher Zain, bakal membuat persembahan sulungnya di Pulau Pinang menerusi konsert jelajahnya, ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’ pada 16 Mac ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Maher Zain buat persembahan sulung di Pulau Pinang pada 16 Mac

Maher Zain bakal menghiburkan para peminat dalam konsert jelajah M'sia pada Mac 2019. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 05:24PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 05:28PM

GEORGE TOWN: Penyanyi warga Sweden kelahiran Lubnan yang terkenal dengan lagu “Insya Allah” suatu ketika dahulu, Maher Zain, bakal membuat persembahan sulungnya di Pulau Pinang menerusi konsert jelajahnya, ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’ pada 16 Mac ini.

Konsert berkenaan akan diadakan di Setia SPICE Arena di Bayan Baru, George Town, bermula pukul 8.00 malam, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Budaya dan Kesenian Negeri Yeoh Soon Hin hari ini (19 Feb).

“Kita menjangkakan kira-kira 6,000 orang peminat di negeri ini selain dari Perlis, Kedah dan Perak akan menghadiri konsert ini. Jualan tiket setakat inipun sangat memberangsangkan dengan kira-kira 50 peratus (daripada jumlah tiket yang disediakan) sudah dijual,” kata Encik Yeoh dalam sidang akhbar di sini.

Menurutnya tiket-tiket yang disediakan terbahagi kepada empat kelas yang terdiri daripada kelas Bronze berharga RM78 (S$26) untuk setiap satu, Gold (RM138, atau S$46), Platinum (RM368, atau S$122) dan VVIP (RM1,000, atau S$332).

“Peminat-peminat yang masih belum mendapatkan tiket mereka untuk konsert ini bolehlah berbuat demikian dengan membeli secara dalam talian di www.tixmalaysia.com,” katanya.

Encik Yeoh berkata kerajaan negeri menyokong penganjuran konsert seperti ini kerana ia dapat merangsang pembangunan industri pelancongan khususnya dalam pengurusan acara hiburan di Pulau Pinang.

“(Penganjuran) acara muzikal seperti ini boleh mendedahkan lagi Pulau Pinang sebagai sebuah tempat yang menarik kepada orang dari luar dan pemain-pemain industri pelancongan boleh memperkenalkan pakej-pakej menarik sempena konsert ini,” katanya.

Maher Zain mulai mendapat tempat di hati peminat di Malaysia khususnya dalam kalangan masyarakat Islam dalam tahun 2009 selepas pelancaran album pertamanya bertajuk 'Thank You Allah', yang mencipta jualan lebih 250,000 unit di negara ini.

Selain di negeri ini, konsert jelajah ini akan turut diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 9 Mac, Stadium Pasir Gudang, Johor (15 Mac) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu, Sabah (17 Mac).

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan