Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

M’sia larang tayangan filem Bollywood ‘Padmaavat’, elemen sensitif terhadap Islam

Filem ‘Padmaavat’ tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia kerana mengandungi elemen menyentuh sensitiviti agama Islam, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Anggaran Waktu Membaca:
M’sia larang tayangan filem Bollywood ‘Padmaavat’, elemen sensitif terhadap Islam

Seorang lelaki memetik selfie di depan iklan filem Padmaavat di Kochi, India. (Gambar: SIVARAM V/REUTERS)

Diterbitkan : 03 Feb 2018 10:47AM Dikemas Kini : 03 Feb 2018 10:51AM

PUTRAJAYA: Filem ‘Padmaavat’ tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia kerana mengandungi elemen menyentuh sensitiviti agama Islam, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam satu kenyataan semalam (2 Feb), KDN menyatakan bahawa Lembaga Penapis Filem (LPF) membuat keputusan tidak meluluskan tayangan filem ‘Padmaavat’ atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam.

Keputusan LPF itu turut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang mengadakan persidangan 30 Januari lalu berikutan rayuan yang dikemukakan syarikat pengedar filem itu untuk mempertimbangkan keputusan tapisan filem tersebut.

“JKRF membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan - TUT),” demikian didedahkan KDN.

Filem tersebut sudahpun mengundang beberapa kritikan di India dengan beberapa kumpulan menuduh pengarahnya, Sanjay Leela Bhansali memutar belit sejarah seorang pemerintah Muslim sebagai "kekasih" Ratu Padmaavati dari suku pahlawan Hindu Rajput.

Namun, bulan lalu, mahkamah India tetap meluluskan filem itu untuk ditayangkan di seluruh negaranya.

Sebelum ini, Malaysia pernah melarang beberapa filem daripada ditayangkan kerana tidak sensitif terhadap agama termasuk "The Prince of Egypt" pada 1998 dan "Babe" pada 1995 yang menampilkan seekor babi sebagai watak utamanya.

Mei lalu, "Beauty and the Beast" terbitan Walt Disney juga mengundang kontroversi kerana mempunyai "detik homoseksual" dalam filemnya.

Sumber : Reuters/BERNAMA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan