Images
  • siti
    Siti Nurhaliza. (Gambar: ctdk/Instagram)

Lutut terkoyak! Siti Nurhaliza kemalangan ketika lumba basikal

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal seberang tambak Siti Nurhaliza terlibat dalam satu kemalangan kecil semasa menyertai perlumbaan berbasikal sejauh 78 kilometer pada Sabtu (27 Jul).

Penyanyi yang memiliki suara lemak merdu itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana berjaya menamatkan perlumbaan tersebut meskipun lutut kirinya cedera akibat terjatuh.

"Walaupun ibu jatuh, koyak lutut, ibu teruskan hingga ke akhir garisan. Terima kasih #ctdkteam yang banyak beri sokongan," tulis Siti dalam satu catatan di akaun Instagramnya.

Para peminat Siti Nurhaliza meninggalkan pesanan di Instagramnya dan mendoakan beliau akan cepat sembuh.

Siti Nurhaliza turut berkongsi bahawa beliau sudah meraih dua medal dalam pertandingan berbasikal seperti itu dan mendedikasikan medal keduanya kepada anaknya, Aafiyah.

- Agensi berita/NA/na

Top