Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat, kini hamil 7 bulan

Pelakon Lisdawati mengakui mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak berkongsi tentang kehamilannya kepada kru penerbitan yang melibatkan projek lakonannya baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lisdawati rahsia kehamilan anak keempat, kini hamil 7 bulan

(Gambar: @lisdawati15/ Instagram)

Diterbitkan : 18 May 2018 10:41AM Dikemas Kini : 18 May 2018 10:45AM

KUALA LUMPUR: Pelakon Lisdawati mengakui mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak berkongsi tentang kehamilannya kepada kru penerbitan yang melibatkan projek lakonannya baru-baru ini.

Menurut Sinar Harian, isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi itu mengambil keputusan tersebut kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain hanya kerana dia dalam keadaan berbadan dua.

Lisda memberitahu Sinar Harian, dia tidak mengalami sebarang masalah dan tetap bertenaga menjalani tanggungjawabnya sepanjang tempoh penggambaran.

"Kalau tengok saiz kandungan, memang kecil hingga ketika saya menjayakan penggambaran drama Mr Grey, kru penerbitan tidak sedar saya hamil trimester pertama.

"Orang yang perasan fizikal saya berubah pun tidak menegur sebab mungkin mereka menyangka ia perubahan biasa. Kebetulan, saya membawakan watak ibu, jadi tak perlu pakai persalinan yang menyerlahkan bentuk badan.

"Ketika terima tawaran, saya tidak beritahu sedang hamil. Bukan apa, bersandarkan pengalaman lalu, rata-rata semua orang sangat prihatin sampai saya naik segan," katanya seperti ditukil Sinar Harian.

Berkongsi tentang kandungannya yang kini sudah berusia tujuh bulan, kata Lisda, dia dan suami bakal menimang anak lelaki yang dijangka dilahirkan selepas Aidilfitri nanti.

Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan