Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lim Guan Eng terkesan dengan Suci Dalam Debu; bawa kenangan manis baginya

Pemergian vokalis kugiran Iklim, Allahyarham Saleem atau nama sebenarnya A.M Salim Abdul Majeed, bukan sahaja diratapi peminatnya, malah turut meninggalkan kesan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Anggaran Waktu Membaca:
Lim Guan Eng terkesan dengan Suci Dalam Debu; bawa kenangan manis baginya

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Oct 2018 08:23PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 08:30PM

KUALA LUMPUR: Pemergian vokalis kugiran Iklim, Allahyarham Saleem atau nama sebenarnya A.M Salim Abdul Majeed, bukan sahaja diratapi peminatnya, malah turut meninggalkan kesan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menerusi laman Twitternya, Encik Lim yang amat sedih atas pemergian Saleem berkata beberapa lagu rock dendangan penyanyi itu bukan sahaja berjaya menawan hatinya malah turut menjadi peneman jiwa ketika berjuang dalam pihak pembangkang suatu ketika dahulu.

Beliau juga menarik perhatian mendengar lagu popular Iklim, Suci Dalam Debu merupakan kenangan manis bagi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang pada awal 1990-an.

“Semoga Allahyarham tenang abadi di sana. Salam takziah buat keluarga Saleem,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham.

“Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman, Insya-Allah,” katanya di laman Twitter.

Allahyarham Saleem meninggal dunia kira-kira 6.00 pagi tadi (14 Okt) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dan disolatkan di surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.

Allahyarham Saleem selamat dikebumikan pada 2.15 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras.

Saleem, 57, yang popular dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’, dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya pada 20 September lalu yang antara lain menyebabkan kecederaan pada tulang rusuk.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan