Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lights, camera, S'pore sajikan pelbagai filem tempatan; kini boleh ditonton secara percuma

Terlepas menonton Wonder Boy, filem biopik Dick Lee yang dibintangi Benjamin Heng dari Sam Willow semasa ia pertama kali ditayangkan di pawagam? Atau ingin menonton semula filem Banting arahan Raihan Halim?

Anggaran Waktu Membaca:
Lights, camera, S'pore sajikan pelbagai filem tempatan; kini boleh ditonton secara percuma

(Gambar: Banting)

Diterbitkan : 06 Jul 2020 03:23PM Dikemas Kini : 06 Jul 2020 03:30PM

SINGAPURA: Terlepas menonton Wonder Boy, filem biopik Dick Lee yang dibintangi Benjamin Heng dari Sam Willow semasa ia pertama kali ditayangkan di pawagam? Atau ingin menonton semula filem Banting arahan Raihan Halim?

Kedua-dua filem tempatan ini (dan banyak lagi) kini boleh ditonton secara percuma di Saluran 5 dan meWATCH.

Semua itu adalah sebahagian daripada inisiatif Mediacorp, Lights Camera Singapore, yang memaparkan kegemilangan penceritaan dan perfileman Singapura.

Karya yang dihasilkan oleh anak watan Singapura untuk tontonan rakyat negara ini bakal menyajikan filem pelbagai genre pada bulan ini termasuk Chennai to Singapore oleh Abbas Akbar (bakal disiarkan pada 14 Julai, 10.00 malam) dan Banting oleh Raihan Halim (21 Julai, 10.00 malam).

Chennai to Singapore adalah filem komedi romantik yang berkisar tentang seorang pembuat filem India yang mengharungi cabaran, Harish, yang ke Singapura untuk mencari pelabur bagi membiayai penerbitan filem impiannya. Banting pula mengisahkan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga Muslim konservatif yang menanam minat yang mendalam ketika secara diam-diam menceburi bidang gusti profesional. Filem itu turut dibintangi oleh Fauzie Laily dari Code Of Law dan Tanglin.

Turut ditawarkan adalah The Listener oleh Kelvin Tong (14 Julai, 9.30 malam), Majid The Legend yang diarahkan oleh Jianhao Tan bersama Ridhwan Azman (21 Julai, 9.30 malam), dan Scene City: A Golden Mile arahan Sean Ng (28 Julai, 9.30 malam).

Dari filem yang memenangi anugerah hingga ke thriller yang menyeramkan dan adaptasi drama bersiri seperti Beauty World dan Titoudao, semua filem di bawah Lights Camera Singapore dipilih dengan teliti untuk memenuhi cita rasa rakyat Singapura.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan