Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lepaskan rindu melalui panggilan jauh, Hisyam Hamid sudah 3 bulan tidak jumpa isteri

Pelakon terkenal yang berasal dari Singapura namun kini bergiat aktif di Malaysia, Hisyam Hamid, terpaksa menguruskan kerjaya dan kehidupan peribadi selepas tiga bulan 'terpisah' dengan isteri, Rosmawati Hanafi yang kini berada di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Lepaskan rindu melalui panggilan jauh, Hisyam Hamid sudah 3 bulan tidak jumpa isteri

(Gambar: Hisyam Hamid/Instagram)

Diterbitkan : 12 Oct 2020 04:33PM Dikemas Kini : 12 Oct 2020 04:34PM

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal yang berasal dari Singapura namun kini bergiat aktif di Malaysia, Hisyam Hamid, terpaksa menguruskan kerjaya dan kehidupan peribadi selepas tiga bulan 'terpisah' dengan isteri, Rosmawati Hanafi yang kini berada di Singapura.

Menurut Hisyam, beliau 'okay' melalui situasi itu kerana sudah biasa hidup berdikari sejak sebelum berkahwin lagi, seperti dinukil dalam laporan MyMetro.

"Kelmarin genap tiga bulan saya dan isteri terpisah dan melalui 'perhubungan jarak jauh' (PJJ). Isteri, tak dapat ikut pulang ke sini disebabkan tiada visa. Permohonan baru sudah dibuat, insya Allah sekarang menunggu keputusan. Jika semuanya okay, dia akan datang.

"Jadi, sepanjang tiga bulan ini semua kerja rumah saya buat sendiri. Bagi urusan kerja, ada pembantu peribadi (PA) yang tolong. Macam isteri, dia masih juga menguruskan kerjaya saya dari segi tawaran kerja dan sebagainya.

"Walaupun jarak jauh dan sudah tiga bulan tidak bersama, tanggungjawab dari segi nafkah zahir tetap ditunaikan. Apatah lagi, saya juga ada dua anak di sana," katanya, seperti dinukil dalam laporan MyMetro.

Hisyam yang berusia 35 tahun juga mengakui setiap hari beliau merindukan isteri, anak dan keluarga.

"Macam sekarang, Mel (isteri) pun di sana dia buat bisnes kecil-kecilan. Dia pun agak sibuk juga. Kalau dia tak kerja, nanti dia rindu dan berasa tertekan. Jadi, dia ambil keputusan untuk sibukkan diri dengan bekerja.

"Boleh dikatakan setiap hari buat panggilan video. Macam bulan ini, anak lelaki saya akan menyambut hari jadi. Selalu saya akan ambil cuti untuk meraikan bersama. Tapi, tahun ini tak dapat buat. Sambut secara virtual saja lah," katanya seperti dinukil dalam laporan MyMetro.

Dalam perkembangan lain, Hisyam terbabit dalam penggambaran drama Hatimu Sedingin Salju yang bakal ditayangkan di TV3.

"Alhamdulillah, selepas enam tahun tak muncul dalam drama TV3, saya kini kembali. Lagi satu, kontrak bersama sebuah lagi stesen TV sudah berakhir. Kiranya sekarang saya bebas untuk ke semua stesen TV. Sudah sampai masa juga saya menguruskan kerjaya sendiri," katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan