Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Legenda rok Eddie Van Halen meninggal dunia

Eddie Van Halen, pemain gitar handalan yang kumpulannya dianggap sebagai salah satu kumpulan rok paling hebat sepanjang masa, meninggal dunia pada Selasa (6 Okt) setelah lama berjuang melawan penyakit barah.

Anggaran Waktu Membaca:
Legenda rok Eddie Van Halen meninggal dunia

Pemain gitar Eddie Van Halen. (Gambar fail: Lucas Jackson/REUTERS)

Diterbitkan : 07 Oct 2020 03:15PM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 03:20PM

LOS ANGELES: Eddie Van Halen, pemain gitar handalan yang kumpulannya dianggap sebagai salah satu kumpulan rok paling hebat sepanjang masa, meninggal dunia pada Selasa (6 Okt) setelah lama berjuang melawan penyakit barah.

Berita sedih itu dikongsi anak pemain gitar berkenaan, Wolf Van Halen melalui Twittter pagi tadi. 

"Saya bagai tidak percaya menulis perkara ini tetapi bapa saya, Edward Lodewijk Van Halen, tewas pagi tadi selepas lama bertarung melawan barah," katanya dalam satu catatan yang diiringi gambar mendiang, berusia 65 tahun.

Lodewijk menyifatkan Van Halen sebagai bapa terbaik dan setiap detik dikongsi bersama mendiang di atas pentas dianggap sebagai hadiah.

"Hati saya remuk dan saya tidak fikir saya akan pulih sepenuhnya daripada kehilangan ini. Saya sangat sayangkan kamu, Pop," tulisnya lanjut.

Dilahirkan di Belanda dan dibesarkan di California, Van Halen mengasaskan kumpulan rok bersama adiknya, Alex, pada era 1970-an dan dengan cepat berjaya menarik ramai peminat.

Beliau terkenal dengan apa yang disebut sebagai 'finger tapping' iaitu bermain gitar dengan dua tangan seperti piano.

Van Halen, yang mempunyai lebih banyak lagu yang menduduki tangga teratas carta rok Amerika Syarikat (AS) berbanding mana-mana artis lain, popular dengan rangkaian lagu hit seperti "Jump", "Panama", "Runnin' with the Devil" dan persembahan gitar solo, "Eruption".

Van Halen dilaporkan telah menjual lebih 75 juta album.

Eddie Van Halen meninggalkan isteri keduanya, Janie Liszewski, dan seorang anak lelaki, serta isteri pertamanya Bertinelli. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan