Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Legenda 'heavy metal' Iron Maiden dedah butiran album baru Senjutsu

Album studio ke-17 kumpulan Iron Maiden itu pasti mengubat rindu peminat yang sudah 6 tahun menantikan lagu baru dari mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Legenda 'heavy metal' Iron Maiden dedah butiran album baru Senjutsu

Kumpulan 'heavy metal' Iron Maiden di atas pentas semasa konsert jelajah pada 2011 (Gambar: John McMurtrie/Iron Maiden Holdings menerusi Facebook/Iron Maiden)

Diterbitkan : 21 Jul 2021 04:25PM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 04:39PM

AMERIKA SYARIKAT: Tempoh setahun dua ini boleh dikatakan agak hambar bagi peminat muzik, dengan kebanyakan konsert merata dunia dibatalkan dek pandemik COVID-19.

Namun ini satu berita baik bagi peminat heavy metal, terutamanya kumpulan legenda dari Britain, Iron Maiden! Kumpulan itu bakal mengeluarkan satu album baru.

Lebih menyeronokkan lagi, para peminat tidak perlu tunggu lama untuk menikmati album studio ke-17 kumpulan itu kerana ia dijadual diterbitkan pada 3 September ini, menurut laman hiburan NME.

Jika penantian kurang dua bulan bagi album berjudul Senjutsu itu adalah terlalu lama untuk anda, usah gusar. Kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti The Trooper dan Hallowed be Thy Name itu sudahpun mengeluarkan salah satu lagu daripada album tersebut minggu lalu. Judulnya The Writing on The Wall.

"Kami sangat teruja tentang album ini," kata frontman Bruce Dicksinson dalam satu kenyataan yang dipetik NME.

"Kami merakamnya pada awal 2019 semasa tempoh rehat di tengah-tengah konsert jelajah Legacy (of the Beast) supaya kami dapat manfaatkan sepenuhnya tempoh jelajah tetapi tetap mempunyai masa mencukupi untuk mengeluarkan rekaan terbaik album dan sesuatu yang istimewa sebagai bahan video."

Akur bahawa pandemik COVID-19 sedikit sebanyak menyebabkan perancangan mereka tergendala, Dickinson bagaimanapun memberi jaminan berikut:

"Lagu-lagunya pelbagai dan ada antaranya agak panjang. Ada juga satu atau dua yang berbeza sedikit daripada gaya biasa kami dan saya rasa peminat Maiden akan rasa terkejut - dari segi yang baik, harapnya!"

(Gambar: Facebook/Iron Maiden)

(Gambar: Facebook/Iron Maiden)

Album terakhir kumpulan tersebut sebelum ini adalah 'The Book of Souls' yang dikeluarkan pada 2015.

Iron Maiden ditubuhkan pada 1975 dan dianggap sebagai salah satu pelopor gelombang baru gerakan muzik heavy metal Britain. Kali terakhir kumpulan itu menggegarkan pentas di Singapura adalah semasa satu konsert di Stadium Tertutup pada Februari 2011, yang mana tiketnya habis dijual.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan