Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Legenda Bollywood Amitabh Bachchan sudah pulih; Abishek masih dirawat di hospital

Bintang Bollywood Amitabh Bachchan sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 selepas menjalani rawatan selama tiga minggu. Pelakon berusia 77 tahun itu dibenarkan keluar hospital di Mumbai semalam (2 Ogos) selepas diuji negatif virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Legenda Bollywood Amitabh Bachchan sudah pulih; Abishek masih dirawat di hospital

(Gambar: Sujit Jaiswal/AFP)

Diterbitkan : 03 Aug 2020 08:07AM Dikemas Kini : 03 Aug 2020 08:13AM

NEW DELHI: Bintang Bollywood Amitabh Bachchan sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 selepas menjalani rawatan selama tiga minggu.

Pelakon berusia 77 tahun itu dibenarkan keluar hospital di Mumbai semalam (2 Ogos) selepas diuji negatif virus tersebut.

Beliau bagaimanapun akan terus menjalani kuarantin di rumahnya.

Bagaimanapun, anaknya, Abishek Bachchan masih dirawat di hospital bagi jangkitan COVID-19.

Isteri dan anak perempuannya sudah pulih daripada jangkitan COVID-19 pada minggu lalu.

"Saya sudah pulang ke rumah. Saya kini perlu mengasingkan diri dalam bilik saya," tulis Amitabh Bachchan di Instagram semasa mengumumkan hasil ujiannya yang negatif.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga, para peminat dan "jagaan dan rawatan sangat baik" di hospital, sambil berkata "merekalah yang memulihkan saya".

Lebih 1.7 juta penduduk kini dijangkiti COVID-19 di India, menjadikannya antara jumlah tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat dan Brazil. Angka korban di negara Asia itu kini menjangkaui 37,000.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/AY/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan