Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lebih 900 rakyat S'pura jayakan Koir Maya pertama negara

Anda boleh menyaksikan video penuh persembahan itu di Facebook Voices of Singapore atau di saluran Youtube bermula pada jam 9.30 malam ini (14 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 900 rakyat S'pura jayakan Koir Maya pertama negara

Sebuah kelas koir online diadakan Voices of Singapore. (Gambar: Facebook/ Voices of Singapore)

Diterbitkan : 14 Apr 2020 08:28PM Dikemas Kini : 14 Apr 2020 08:31PM

SINGAPURA: Lebih 900 rakyat Singapura berpadu suara bagi menjayakan Koir Maya Singapura yang pertama.

Bernyanyi dari rumah masing-masing di lebih 20 buah negara, para peserta merakamkan video sendiri, mendendangkan lagu kegemaran ramai - 'Home'.

Ia semua dalam usaha memberikan sokongan kepada satu sama lain semasa pandemik COVID-19.

Dipimpin oleh Voices of Singapore (VOS) dan disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB), projek itu menarik para peserta dari Singapura hingga ke Norway.

Para peserta pula berusia semuda 5 tahun hingga ke 80 tahun.

Pasukan VOS terdiri daripada 20 anggota termasuk Darius Lim, mengumpulkan dan mengadunkan kiriman nyanyian para peserta dalam tempoh lima hari bagi menghasilkan persembahan selama empat minit.

Anda boleh menyaksikan video penuh persembahan itu di Facebook Voices of Singapore atau di saluran Youtube bermula pada jam 9.30 malam ini (14 Apr). 

Sumber : CNA/UR/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan