Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lebih 100 penyanyi mahu ganti Ayie

Kumpulan Floor 88 teruja menerima lebih 100 permohonan menjadi penyanyi gantian vokalis mereka selepas menguar-uarkan tawaran dalam media sosial pada Ahad (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 penyanyi mahu ganti Ayie

Kumpulan Floor 88. (Gambar: floor88band/Instagram)

Diterbitkan : 21 Jan 2020 11:14AM Dikemas Kini : 21 Jan 2020 11:19AM

KUALA LUMPUR: Kumpulan Floor 88 teruja menerima lebih 100 permohonan menjadi penyanyi gantian vokalis mereka selepas menguar-uarkan tawaran dalam media sosial pada Ahad (19 Jan).

Pemain keyboard, Eric Fuzi berkata, ada bekas penyanyi kumpulan lain menyatakan hasrat datang ke sesi uji bakat bagi menggantikan Ayie yang dinasihatkan doktor berehat gara-gara masalah peti suara, lapor BH Online.

"Ikutkan doktor, Ayie perlu berehat selama tiga minggu untuk memastikan peti suaranya pulih, jadi kami terpaksa mencari penyanyi lain sebagai vokalis kedua.

"Buat masa ini, kami menolak undangan pentas supaya Ayie dapat berehat. Bagaimanapun, kami memerlukan penyanyi kedua bagi mengiringi persembahan pada 2 Mac depan. Ayie tetap akan naik ke pentas bermain gitar dan menyanyi mengikut kesesuaian lagu, cuma lagu bernada tinggi diserahkan kepada penyanyi gantian pilihan.

“Setakat ini, banyak permohonan diterima sama ada menerusi media sosial mahupun panggilan telefon. Kami akan mengumumkan penyanyi terpilih pada minggu hadapan," katanya kepada BH Online.

Pada 14 Januari lalu, Ayie rebah selepas menyanyikan lagu Aqilah dalam Konsert Gempak NEGERI.fm di Kuala Pilah, Negeri Sembilan hingga sesetengah pihak mendakwa ia gimik persembahan. Bagaimanapun doktor mengesahkan penyanyi itu terlalu penat dan tidak cukup rehat, menurut BH Online.

BH Online melaporkan bahawa selain Ayie dan Eric, Floor 88 yang popular dengan lagu Zalikha, Aqilah dan Hutang dibarisi Achoi, Faliq, Akram serta Amir.

Tambah Eric lagi, selain mempunyai vokal bersesuaian dengan lagu Floor 88 dan memiliki personaliti meyakinkan, calon penyanyi perlu berusia antara 18 hingga 25 tahun, tidak merokok, mengambil bahan terlarang atau minuman keras.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan