Laudya Cynthia Bella sahkan sudah bercerai
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Laudya Cynthia Bella, mengesahkan beliau dan suaminya dari Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin, sudah rasmi menoktahkan rumah tangga mereka.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Indonesia, Laudya Cynthia Bella, mengesahkan beliau dan suaminya dari Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin, sudah rasmi menoktahkan rumah tangga mereka.
"Terkait pemberitaan saat ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik," kata Laudya Cynthia Bella untuk mengesahkan desas-desus mahligai perkahwinannya yang berantakan sebelum ini.
Selebriti yang mesra disapa dengan panggilan Bella itu mendedahkan khabar demikian di rancangan televisyen Indonesia, Insert, pada Rabu (1 Jul).
Bella mengakui beliau sudah lama berusaha untuk mempertahankan perkahwinannya dengan Engku Emran.
Bagaimanapun, tegas selebriti berusia 32 tahun itu, takdir menentukan hal yang sebaliknya buat beliau dan Engku Emran.
"Sudah berbagai upaya yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini. Sudah segala proses kami lalui dan saat ini sudah selesai," ujar Bella lagi seperti dilaporkan media Indonesia.
"Dua tahun beliau menjadi suami saya. Banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.
"InsyaAllah hikmah, pembelajaran semua yang saya dapat ini, bisa saya jadikan bekal, bisa saya simpan untuk saya menjadi wanita yang InsyaAllah bisa jauh lebih baik lagi, amin," ungkap Bella lanjut.
Berhubung pendedahan itu, Bella berharap pertanyaan semua pihak akan terjawab.
"Saya harap mudah-mudahan dengan adanya penjelasan saya saat ini, bisa menjawab semua pertanyaan teman-teman media.
Bella dan Engku Emran diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 8 September 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.