Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lakon watak ibu derita anak diperkosa, Nabila Huda jadi paranoid

Pelakon Nabila Huda mengaku filem M4M4 lakonannya memberi kesan kepada emosi hingga paranoid terhadap keselamatan anak, Keisha Laila.

Anggaran Waktu Membaca:
Lakon watak ibu derita anak diperkosa, Nabila Huda jadi paranoid

Nabila Huda. (Gambar: kupu_kupu/ Instagram)

Diterbitkan : 02 Feb 2020 12:07AM Dikemas Kini : 02 Feb 2020 12:09AM

PETALING JAYA: Pelakon Nabila Huda mengaku filem M4M4 lakonannya memberi kesan kepada emosi hingga paranoid terhadap keselamatan anak, Keisha Laila.

Nabila berkata, watak ibu yang menderita apabila anak perempuan diperkosa dan dibunuh, membuatkan dirinya semakin berhati-hati mengawasi pergerakan Keisha yang menginjak usia sembilan tahun.

“Sepanjang melakonkan watak Aini dalam filem ini, saya terbawa-bawa dengan karakter ini hingga ke rumah. Tingkah laku saya jadi berbeza... Ada ketika, saya jadi marah-marah sehingga ditegur suami.

“Ini kerana saya sering terfikir apa yang akan saya lakukan jika perkara sama berlaku terjadi kepada saya,” katanya kepada BH Online, Malaysia.

Nabila, 36, berkata, sebagai ibu yang memiliki anak perempuan, sudah pasti dia bimbang dengan keselamatan Keisha.

“Selalunya, jika kami berjalan bersama, saya akan berpesan supaya menjaga diri dan tidak berada terlalu jauh daripada saya.

“Saya ingatkan Keisha supaya menjerit sekuat hati jika ada sesiapa yang tidak dikenali cuba memegangnya,” katanya.

Namun, tambah Nabila, dia tidak terlalu mengongkong pergerakan Keisha kerana tidak mahu dia rimas atau tidak selesa.

Menyedari kesan yang menimpa mangsa dan anggota keluarga, anak kepada penyanyi rock, Amy Search ini menyarankan pesalah jenayah rogol diberi hukuman yang lebih berat.

“Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada perogol.

“Hukuman yang dilaksanakan sekarang saya anggap sangat ringan. Pesalah biasanya dipenjara dalam tempoh tertentu. Malah, ada yang merayu untuk dipendekkan tempoh hukuman.

“Rasanya, lebih baik pesalah dipenjara seumur hidup. Perbuatan terkutuk itu memberi trauma bukan sahaja kepada mangsa, malah anggota keluarga,” katanya.

Khamis lalu, Nabila hadir pada majlis pratonton filem M4M4 di Petaling Jaya.

Selain Nabila, filem arahan Eyra Rahman ini dbintangi Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Hazali dan Izzy Reef.

M4M4 yang mula ditayangkan Khamis ini, mengisahkan dua beranak iaitu Alya (lakonan Bella) dan ibunya, Aini (Nabila), hidup tenteram di rumah kecil mereka sehinggalah diganggu tiga lelaki.

Sumber : Agensi berita/SU/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan