Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lagu kerohanian tetap penting, kata 'Papa Rock' Ramli Sarip

"Kita menghasilkan lagu bukan semata-mata mahu popular. Ia perlukan pengorbanan, 60 peratus diberikan kepada peminat, manakala bakinya untuk diri sendiri."

Anggaran Waktu Membaca:
Lagu kerohanian tetap penting, kata 'Papa Rock' Ramli Sarip

(Gambar: Ramli Sarip/Facebook)

Diterbitkan : 09 May 2019 01:40PM Dikemas Kini : 09 May 2019 01:45PM

KUALA LUMPUR: "Kita menghasilkan lagu bukan semata-mata mahu popular. Ia perlukan pengorbanan, 60 peratus diberikan kepada peminat, manakala bakinya untuk diri sendiri."

Itulah nasihat penyanyi rock legenda, Ramli Sarip, sambil menyeru penggubah lagu muda supaya jangan takut menghasilkan lagu-lagu yang membawa tema tertentu.

Beliau juga menasihati penulis lagu muda supaya jangan khuatir jika lagu yang dihasilkan mereka tidak begitu popular.

Ramli, yang dikenali sebagai Papa Rock, berkata lagu-lagu seumpama itu mempunyai pengikut tersendiri. Malah, bekas penyanyi kumpulan Sweet Charity itu memberitahu BH Online beliau juga pernah menghasilkan lagu-lagu yang kurang popular, namun tetap menjadi malar segar.

“Saya pernah membuat lagu berjudul Ramadan sekitar 30 tahun lalu. Walaupun ramai yang meminta saya menghasilkan lagu raya, saya mengelak kerana bagi saya, Ramadan lebih penting.

“Atas alasan itu, saya hasilkan lagu kerohanian. Walaupun bukan lagu popular semasa, setiap kali Ramadan menjelang, ia pasti menjadi pilihan untuk disiarkan di stesen radio.

“Karya seperti itu mampu memberi nilai tambah dalam kerjaya komposer," katanya.

Ramli turut memberitahu BH Online, beliau bimbang terhadap aliran penghasilan single dalam kalangan penyanyi muda kerana budaya itu memberi kesan terhadap jangka hayat kerjaya seni mereka.

"Penyanyi perlu ada banyak bahan. Untuk apa bertahan sehingga 35 tahun, tetapi cuma ada satu atau dua album. Bagaimana pula jika mahu membuat persembahan selama sejam atau dua jika hanya mempunyai satu atau dua lagu popular?," tanya Ramli.

Penyanyi yang popular dengan lagu Perjalanan Hidup dan Kamelia itu ditemui pada majlis sidang media A Night with Legends, baru-baru ini.

Penyanyi rock 'otai' itu dan tiga penyanyi legenda - Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Francissca Peter - bakal membuat persembahan dalam konsert amal bagi membantu Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Konsert itu akan berlangsung pada 6 Julai. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan