Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Lady Gaga kembali berlakon, pegang watak isteri pewaris Gucci

Lady Gaga bakal tampil dalam filem terbaru, selepas setuju untuk memegang watak sebagai isteri kepada waris dinasti fesyen Gucci, lapor media Hollywood pada Jumaat (1 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lady Gaga kembali berlakon, pegang watak isteri pewaris Gucci

Lady Gaga. (Gambar: Lucas Jackson/Reuters)

Diterbitkan : 02 Nov 2019 09:18PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 09:22PM

LOS ANGELES: Lady Gaga bakal tampil dalam filem terbaru, selepas setuju untuk memegang watak sebagai isteri kepada waris dinasti fesyen Gucci, lapor media Hollywood pada Jumaat (1 Nov).

Menurut Variety, Hollywood Reporter dan Deadline, Gaga yang kali pertama berlakon dalam filem ‘A Star is Born’, akan memegang watak sebagai Patrizia Reggiani, yang menjalani hukuman penjara 18 tahun kerana merancang pembunuhan suaminya, Maurizio Gucci pada 1995 di Milan.

Reggiani dibebaskan pada 2016, dan kesnya dianggap sebagai salah satu kes jenayah berprofil tinggi dalam sejarah Itali.

Ridley Scott akan menjadi pengarah dan penerbit filem itu, menurut ketiga-tiga penerbitan berkenaan. Bagaimanapun wakil bagi Scott dan Gaga, yang dilahirkan di New York dan mempunyai keturunan Itali, enggan memberi sebarang komen.

Ia adalah filem pertama bagi Gaga sejak beliau menceburi industri muzik sebelum membintangi ‘A Star a Born’, yang membolehkan beliau meraih anugerah Oscar bagi kategori lagu terbaik, menerusi ‘Shallow’, selain pencalonan pelakon wanita terbaik.

Setakat ini, tiada laporan mengenai tajuk filem atau tarikh ia akan ditayangkan. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan